Korea Selatan Juara Piala East Asian EAFF 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Korea Selatan Juara EAFF 2015

GettyImages-482996902Pasukan Korea Selatan telah menjuarai Kejohanan Piala East Asian EAFF 2015 walaupun seri tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir bertemu Korea Utara. Ini juga merupakan piala pertama Taeguk Warriors dibawah kendalian Uli Stielike, yang juga merupakan pasukan pertama memenangi piala ini sebanyak 3 kali dalam sejarah Kejohanan Piala EAFF.

Dengan 1 menang dan 2 seri membolehkan pasukan Korea Selatan mengutip 5 mata dari 3 perlawanan. Pasukan China pula perlu menang dalam pertemuan menentang Jepun dalam satu lagi perlawanan yang diadakan pada sebelah malam, namun pasukan tanah besar itu hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 dan menghuni tangga kedua. Skuad bimbingan Alain Perrin itu mendahului Samurai Blue hasil jaringan pada minit ke-10 Wu Lei dan disamakan oleh penyereang Urawa Reds Yuki Muto 4 minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Kemenangan Korea Selatan ini juga membolehkan mereka menebus kekecewaan dalam Piala Asia 2015 apabila tewas ditangan Australia.

Dalam kategori wanita pula, Korea Utara berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan rekod tanpa kalah dalam kejohanan kali ini.

comments