Hatrik Nor Farhan Muhammad Gagal Membantu Kelantan Capai Kemenangan.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
dickson 1

DicksonPahang bangkit dari kekalahan ditangan Lion XI dengan mengatasi Kelantan 5-3 di Stadium Darul Makmur dalam saingan Liga Super malam ini.

2 jaringan R. Surendran pada minit ke-7 hasil rembatan padu selepas menerima bola lantunan dari percubaan Matias Conti. Dickson Nwakaeme menambah jaringan kedua Pahang hasil hantaran lintang R. Surendran tanpa dicabar oleh pertahanan Kelantan. Namun hanya 4 minit berselang, Nor Farhan Muhammad merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-12.

surendranKelantan lebih banyak menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran pendek di kawasan tengah melalui gandingan Badri Radzi dan Amar Rohidan tetapi barisan hadapan jelas buntu untuk mencari jaringan.

Matias Conti menjadikan kedudukan 3-1 selepas tandukannya menewaskan Khairul Fahmi pada seminit sebelum separuh masa pertama tamat hasil dari sepak penjuru yang diambil oleh R. Gopinathan.

hafiz zamaniBersambung di separuh masa kedua, Kelantan membuat pertukaran pemain dengan Jonathan McKain masuk menggantikan Tuan Faim yang dilihat tidak mampu untuk mengawal pergerakan pemain Pahang. Kerapuhan barisan pertahanan Kelantan dihukum lagi pada minit ke 54, selepas hantaran lintang R. Gopinathan disudahkan dengan tandukan kencang Zesh Rahman yang tidak dikawal.

Pasukan The Red Warriors masih belum berputus asa dan terus mengatur gerakan bagi merapatkan kedudukan. Minit ke-70, Nor Farhan Muhammad menanduk mudah bola ke dalam gol apabila kesilapan diantara penjaga gol Pahang Khairul Azhan dan Saiful Nizam Miswan yang membiarkan penyerang Kelantan itu tidak dikawal berdekatan pintu gol menjadikan kedudukan 4-2.

zesh rahmanDalam keghairahan Kelantan memburu gol ketiga, tindakan berbahaya Khairul Izwan Rosli keatas Zesh Rahman menyebabkan beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-74, dan ini membuatkan kem Kelantan terus tertekan. Bagaimanapun Kelantan dilihat masih mampu mengimbangi permainan Pahang sehingga mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-90 apabila Iwuji Amutu dijatuhkan oleh Azamuddin Akil dalam kotak penalti. Nor Farhan Muhammad yang diberi tugas mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang melakukan hatrik dan memberikan tekanan kembali tekanan kepada pasukan Pahang pada kedudukan 4-3.

Dickson NwakaemeTambahan masa 5 minit memberikan Pahang ruang untuk “membunuh” semangat pemain Kelantan apabila Dickson Nwakaeme berjaya menewaskan 3 pemain Kelantan sebelum membuat hantaran kepada Azamuddin Akil dan terus membuat rembatan yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol ke-5 Pahang.

Dengan kemenangan ini Pahang mengutip 42 mata ketinggalan 1 mata dibelakang pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).

Photo kredit kepada Asiana.my

comments