Previu Perlawanan Liga Super Kelantan Bertemu Johor Darul Takzim (JDT)

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Photo kredit: Asiana.my

Dengan berbaki 3 perlawanan sebelum Liga Super 2015 melabuhkan tirai, perebutan untuk juara liga masih terbuka untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang FA. Pasukan Harimau Selatan itu hanya dibezakan dengan hanya 1 mata dengan pasukan Pahang FA ditempat kedua dan pastinya bakal memberikan tekanan hebat kepada kedua-dua pasukan.

ZAM2523

Perlawanan ke-20 esok akan menyaksikan Kelantan FA menerima cabaran JDT di Kota Bharu dan sudah pastinya JDT tidak akan membenarkan Kelantan FA yang semakin pulih dari “kecederaan”  untuk menyentap momentum mereka untuk terus menerajui liga.

Bagi pasukan Kelantan FA, kelemahan ketara di bahagian pertahanan cukup membimbangkan jika diperhatikan semasa perlawanan bertemu Pahang FA yang lalu. Bahagian ini kerap kali terdedah kepada ancaman serang pihak lawan kerana ketiadaan pemain yang mampu mengambilalih tugas yang ditinggalkan oleh Shakir Shaari yang kini bersama JDT dan Brendan Gan yang mengalami kecederaan panjang. Seringkali diperhatikan, Nor Hafiz Zamani yang menjadi pilihan menggalas posisi ini namun ia masih belum memadai.

amri yahyah

Jika kembalinya Amirizdwan Taj Tajuddin dan Jonathan McKain diposisi pertahanan mungkin adakan memberikan sedikit kelebihan untuk mengawal hantarang lintang JDT, namun sejauh mana keberkesanannya masih diragui jika berhadapan dengan “strike force” seperti Luciano Figueroa, Amri Yahya dan  Safee Sali selain serangan laju kiri dan kanan dari pemain seperti Nazrin Nawi, S. Chanturu dan S. Kunalan. Kelantan sebenarnya sudah tiada tunjang dibahagian pertahanan dan sebaliknya bagi JDT, mereka mempunyai keupayaan yang dilihat cukup kuat bagi pasukan Pantai Timur itu.

Badri Radzi

Photo kredit: Asiana.my

Jentera tengah kedua-dua pasukan ini bakal memainkan peranan cukup penting bagi memastikan kelancaran serangan dan pertahanan. Badri Radzi dan Safiq Rahim  dilihat akan mengemudi bahagian tengah masing-masing dengan dibantu oleh pemain sayap yang laju bagi kedua-dua pasukan seperti Wan Zack Haikal – Wan Zaharul Nizam bagi Kelantan dan S.Kunalan – S.Chanturu bagi JDT. Bahagian tengah bertahan juga perlu lebih fokus dan dijangka Nor Hafiz Zamani Misbah bakal diletakkan diposisi ini untuk Kelantan dan Gary Steven Robbat untuk JDT.

Nor Farhan Mohamad

Photo kredit: Asiana.my

Di bahagian depan, momentum hatrik di Stadium Darul Makmur sudah hampir pasti meletakkan Nor Farhan Mohamad sebagai “2nd striker” samada dibelakang Iwuji Amutu, Fakri Saarani, Carillo dan Gilmar. Kecuali Nor Farhan, penyerang pasukan Kelantan FA seolah-olah masih belum menemui rentak keserasian dan kali ini tugas berat menanti mereka yang akan berdepan dengan barisan pertahanan JDT – hanya 11 gol dilepaskan – yang diketuai oleh Fadhli Saas dan Marcos Antonio.

Figueroa

Bagi JDT pula, gandingan Luciano Figueroa – Amri Yahyah dijangka akan cuba meledak sebanyak mungkin gol untuk terus mengungguli liga dan mereka pastinya lega melihat prestasi pertahanan Kelantan FA yang lemah – 31 gol bolos.

Iwuji Amutu

Secara keseluruhannya, JDT dilihat memiliki kekuatan disemua bahagian berbanding pasukan Kelantan FA, tetapi aura Stadium Sultan Muhammad IV tidak boleh diambil mudah dan mungkin mampu mengubah keputusan. Segalanya bergantung kepada bagaimana perancangan taktikal ketua jurulatih kedua-dua pasukan dan keupayaan pemain diatas padang untuk menterjemahkannya diatas padang.

Photo kredit: Asiana.my

comments