JDT Longlai Di Kota Bharu

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11887982_511322559031048_4008525301434239163_n

Bangkit dari kekalahan 3-5 ditangan Pahang FA, pasukan The Red Warriors menerima kunjungan pasukan Harimau Selatan dalam perlawanan Liga Super yang ke-20 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

JDT

Zahasmi Ismail meletakkan 2 pertahanan tinggi mereka Amirizdwan Taj yang kembali dari kecederaan bergandingan bersama Jonathan Mckain dan Fitri Omar dan Noorhazrul di posisi pertahanan kiri dan kanan. Dibahagian tengah, Nor Hafiz Zamani diletakkan sebagai pemain tengah bertahan, Badri Radzi sebagai pemain tengah menyerang serta Wan Zaharul Nizam dan Nor Farhan Muhammad di posisi sayap kanan dan kiri. Gilmar Filho dan Iwuji bertindak sebagai jentera serangan.

Photo kredit: Gawang.my

Photo kredit: Gawang.my

Bagi skuad JDT pula, barisan pertahanan mereka diketuai oleh Marcos Antonio, Fadhli Shaas, Aidil Zaquan dan Mahali Jasuli. Jentera tengah skuad kendalian Mario Gomez ini pula diketuai Safiq Rahim, Hariss Harun, S. Kunalan dan Nazrin Nawi. Luciano Figueroa bergandingan bersama Amri Yahyah di posisi serangan.

Perlawanan kedua-dua pasukan lebih tertumpu kepada jentera tengah pasukan mana yang mampu mendominasi kawasan tengah padang. Dan apa yang dapat diperhatikan, gandingan Badri Radzi – Nor Hafiz Zamani lebih berupaya mengatasi penguasaan Safiq Rahim – Hariss Harun.

Gilmar

Photo kredit: Asiana.my

Kurang dari 5 minit permainan bermula Kelantan dihadapan dengan jaringan dari Gilmar Filho hasil dari kesilapan Farizal Marlias yang tidak menangkap kemas bola hantaran lintang Nor Farhan Muhammad. Kelantan terus mengasak dan dihadiahkan sepakan penalti “kontroversi” selepas Iwuji dikasari oleh Marcos Antonio. Badri Radzi terus menyempurnakan sepakan ke gawang menjadikan kedudukan kekal hingga wisel separuh masa pertama tamat.

Farhan

Photo kredit: Asiana.my

Bersambung pada separuh masa kedua, Mahali Jasuli memanfaatkan bola yang berlegar dalam kotak penalti Kelantan FA dan merapatkan kedudukan 1-2. Kurang 2 minit jaringan Mahali Jasuli hasil sepakan penjuru Safiq Rahim. Nor Farhan Muhammad yang jelas beraksi dalam kelas tersendiri, menjaringkan gol ketiga Kelantan FA apabila merembat padu dari luar kotak penalti menewaskan Farizal Marlias selepas Aidil Zaquan yang tidak berjaya membentes kemas dan terus melebarkan kedudukan jaringan 3-1.

Gilmar

Photo kredit: Asiana.my

Ketika JDT terus leka mengasak kubu Kelantan FA, satu serangan balas dilakukan Nor Farhan Muhammad, Wan Zaharul Nizam dan Gilmar dari kawasan tengah bermula dari “clearance” dari pertahanan. Nor Farhan terus membawa bola dan membuat hantaran kepada Gilmar yang tidak dikawal. Sentuhan pertama Gilmar sudah cukup untuk membolehkan beliau terus membunuh semangat JDT dengan jaringan ke-4 pada minit ke 85.

Video gol-gol Kelantan FA bertemu JDT.

Photo kredit: Asiana.my

 

comments