4 Pasukan Rebut Slot Layak Ke Liga Super 2016
|
Photo kredit: Asiana.my
Dalam saingan Liga Perdana, 4 pasukan bersaingan hebat untuk berada dalam 2 kedudukan teratas bagi melayakkan diri ke saingan Liga Super 2016.
Kedah FA, Pulau Pinang FA, T-Team FC dan PKNS FC, yang kini mengungguli 4 kedudukan teratas carta Liga Perdana 2015.
Skuad Kedah FA, berada dipuncak liga dengan 42 mata namun ia belum menjanjikan slot kembali ke Liga Super 2016. Dalam keadaan sekarang, Kedah FA memerlukan 1 menang dan 1 seri dari 2 perlawanan terakhir menentang Sabah FA(7) dan DRB-Hicom FC(9) untuk mengesahkan slow ke Liga Super 2016. Tiada masalah untuk Kedah FA untuk mengatasi kedua-dua pasukan berdasarkan prestasi Sabah FA dan DRB-Hicom yang kurang memberansangkan.
Pulau Pinang FA yang kini di tempat ke-2 liga juga wajib menang kedua-dua perlawanan terakhir menentang DRB-Hicom FC(9) dan UiTM FC(11) bagi mengutip mata maksimum 45 mata dengan jaringan sebesar mungkin serta mengelakkan bolos kerana pasukan ditangga ke-3, T-Team FC dibezakan dengan 1 perbezaan gol sahaja. Jika sebarang gol dilepaskan, ia mungkin menjadi satu “kekecewaan” untuk layak ke Liga Super 2016.
Seperti juga Pulau Pinang FA, pasukan dari Terengganu, T-Team FC juga wajib menang dengan jaringan besar bagi menambahkan jumlah perbezaan gol dengan skuad Pulau Mutiara itu. T-Team FC dilihat mudah untuk menumbangkan lawan mereka dalam 2 perlawanan terakhir dimana Kuala Lumpur SPA berada ditangga tercorot dan Kuantan FA ditangga ke-11. Namun 3 mata sahaja tidak cukup bagi mereka, jumlah gol yang akan membantu menentukan layak atau tidak jika terikat dengan 45 mata dengan Pulau Pinang FA.
Manakala bagi pasukan ditangga ke-4, PKNS FC juga mungkin membuat kejutan sekiranya Pulau Pinang FA dan T-Team FC melepaskan peluang yang terhidang. PKNS FC bakal bertemu UiTM FC (8) dan Pulau Pinang FA (2) dalam 2 perlawanan terakhir. Mereka juga mampu melakukan “upset” kepada Pulau Pinang FA jika tidak mengambil serius perlawanan ini justeru membuka jalan kepada T-Team FC. Jika Pulai Pinang FA dan T-Team tewas dalam 2 perlawanan terakhir dan PKNS FC mampu memungut mata penuh, slot Liga Super 2016 adalah milik mereka!
Kedudukan Liga Perdana 2015 selepas 20 perlawanan.
Jadual Perlawanan Liga Perdana 2015, 18 Ogos 2015.
SELANGOR PKNS FC mln SELANGOR UiTM FC 8.45 mlm Stdm Hang Jebat
PULAU PINANG mln KL DRB HICOM FC 8.45 mlm Stdm Bandaraya
KEDAH mln SABAH 8.45 mlm Stdm Darul Aman, Alor Setar
JOHOR DARUL TA’ZIM II mln NEGERI SEMBILAN 8.45 mlm Stdm Majlis Perbandaran Pasir Gudang
KUALA LUMPUR mln PAHANG KUANTAN FA 4.45 ptg Stdm Merdeka, Kuala Lumpur
Next : Kelantan tempang tanpa 7 pemain utama berdepan Selangor