Perlis Kembali Ke Saingan Liga Perdana 2016.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
image

Pasukan singa Utara, Perlis FA mengesahkan cabaran mereka dalam saingan Liga Perdana 2016, apabila menewaskan Real Mulia 2-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, petang tadi.

Shukor Azmi menjaringkan gol pertama pada minit ke-44 dan Syafiq Azmi mematikan langkah Real Mukia dengan gol pada minit ke-87.

Dalam saingan kumpulan B, Melaka United dan MISC-MIFA terus bersaing untuk merebut slot automatik ke Liga Perdana 2016. MISC-MIFA berbaki 2 perlawanan dengan 30 mata, manakala Melaka United berbaki 1 perlawanan dengan 36 mata. Melaka United hanya perlukan seri dalam pertemuan terakhir Liga FAM bertemu Kuala Lumpur Young Fighters pada 23 Ogos 2015.

Bagi penentuan kejuaraan Liga FAM 2015, Perlis FA sebagai juara kumpulan A akan bertemu dengan juara kumpulan B.

Photo kredit: Asiana.my

 

 

comments