Kelantan tempang tanpa 7 pemain utama berdepan Selangor
|
Kelantan hadir ke Shah Alam untuk perlawanan bertemu Selangor esok, berhadapan tugas berat untuk menghadapi cabaran Selangor apabila 7 pemain utama disahkan tidak dapat beraksi.
3 kad kuning:
- Iwuji
- Gilmar
- Noor Hazrul
- Norhafiz Zamani
- Khairul Izuan
Kecederaan:
- Amirizdwan Taj
- Fakri Saarani
- Zairul Fitree
Skuad The Red Warriors itu terpaksa memanggil 3 pemain Piala Presiden dan 2 pemain Piala Belia untuk menampung kekurangan yang ditinggalkan.
Barisan pertahanan dilihat akan diketuai oleh Jonathan McKain, Farisham Ismail, Fitri Omar dan Nik Shahrul Azim. Barisan tengah dilihat masih mampu menggusarkan pertahanan Selangor apabila gandingan Badri Radzi, Amar Rohidan, Wan Zack dan Wan Zaharul Nizam berada pada prestasi terbaik akhir ini. Jentera serangan pula hampir pasti bakal memberi peluang semula kepada Erwin Carillo untuk bergandingan bersama Nor Farhan Muhammad.
Dibangku simpanan pula, hanya tinggal Shahrizan Ismail, Tuan Faim, 3 pemain Piala Presiden dan 3 pemain Piala Belia.
Apapun, dipihak Selangor, Shahrom Kalam, Rizal Fahmi, Bunyamin dan Azrif pasti tidak memberikan ruang mudah untuk mengatasi mereka. Gandingan bahagian tengah Selangor melalui Nazmi Faiz Mansor, Leandro dan K Gurusamy juga dilihat sebagai ancaman yang pasti mengundang padah jika tidak dikawal dengan rapi. Serangan Selangor dilihat bakal menurunkan gandingan Hadi Yahya dan Hazwan Bakri. Jika bola tinggi menjadi taktikal utama mereka, Afiq Azmi mungkin diturunkan.
Keseluruhannya perlawanan ini dijangka akan menjadi medan pertembungan gandingan Badri Radzi-Amar Rohidan bagi Kelantan dan Nazmi Faiz-K.Gurusamy terutamanya disamping serangan kiri dan kanan melalui Andik di pihak Selangor dan Wan Zack bagi Kelantan.
Next : Luciano Figueroa Pemain Terbaik PFAM Julai 2015