Kedah Juara Liga Perdana 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11925983_10154149669394167_261299570_n
Photo kredit: Asiana.my

Kedah FA menjuarai Liga Perdana 2015 dengan penuh bergaya apabila membelasah pasukan kelab DRB-Hicom 5-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Hatrik pemain import dari Brazil, Sandro Mendonca dan 2 jaringan dari pemain import Nigeria, Chidi Edeh membantu Kedah unggul ditangga teratas Liga Perdana sekalipun kejuaraan dapat ditentukan selepas perlawanan terakhir liga. DRB-Hicom kelihat cuba memberikan cabaran diawal permainan namun, Kedah dengan rakus menjaringkan gol demi gol yang terus memusnahkan semangat pemain kelab itu.

ultras kedah

Photo kredit: Asiana.my

10,000 penyokong Kedah membanjiri Stadium Nasional bagi menyaksikan pasukan mereka dinobatkan sebagai juara, tetapi lebih penting adalah mereka bakal kembali ke saingan Liga Super 2016 diiringi pasukan jiran, Pulau Pinang yang berada ditempat kedua apabila menang 2-0 keatas pasukan UiTM FC.

Baca : 4 Pasukan Rebut Slot Layak Ke Liga Super 2016

unnamed

Photo kredit: Asiana.my

Kuantan FA pula membuat kejutan apaila menewaskan T-Team FC 2-1 di Kuantan, sekaligus menguburkan harapan kelab dari Terengganu itu untuk kembali ke Liga Super walaupun masih segar dengan kemenangan “kontroversi” besar 7-0 pada perlawanan lalu.

Selamat datang ke Liga Super 2016 Kedah dan Pulau Pinang!

comments