JDT II Dan ATM FA Layak Ke Saingan Piala Malaysia 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
PMF_7474

Pasukan JDT II telah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia 2015 apabila menewaskan pasukan tangga tercorot Liga Super 2015, Sime Darby FC 1-0, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

PMF_7407

Photo kredit: Asiana.my

Saingan sengit diberikan oleh Sime Darby kepada JDT II namun gol pada minit ke-45 dari Shafiq Shaharudin memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan berasingan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula, pasukan ATM FA membelasah NS Matrix 3-0 bagi melayakkan mereka ke saingan Piala Malaysia 2015. 2 gol dari penyerang import ATM FA dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam dan 1 gol dari pemain tengah Adbul Syukor Jusoh membenam cabaran skuad bimbingan K. Devan.

KAMZ9053

Photo kredit: Asiana.my

Dengan kemenangan ini, JDT II dan ATM FA akan mengiringi 14 pasukan lain yang sudha layak ke saingan Piala Malaysia 2015.

Senarai pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2015.

10 Pasukan Liga Super

– JDT, Pahang, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, PDRM, Felda United, Sarawak dan Lions XII

4  Pasukan Liga Perdana

– Kedah, Pulau Pinang, T-Team dan PKNS FC

2 Pasukan Play-Off

– JDT II dan ATM FA

 

Photo kredit: Asiana.my

comments