JDT Juara Liga Super Malaysia 2015
|
JDT juara Liga Super Malaysia 2015!
Walaupun tewas 1-2 kepada Felda United, JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super mereka apabila pasukan Pahang tewas 1-3 ditangan Terengganu.
Pasukan Harimau Selatan itu ketinggalan 0-2 pada 10 minit pertama hasil jaringan Shahrul Saad dan sepakan penalti Indra Putra. Jonior Eldstal dibuang padang apabila melakukan terjahan dalam kotak penalti pada minit ke-9.
JDT merapatkan kedudukan pada minit ke-34 melalui sepakan penalti Luciano Figueroa apabila Christie Jayaseelan menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti. Keputusan kekal hingga tamat perlawanan.
Baca: LUCIANO FIGUEROA PEMAIN TERBAIK PFAM JULAI 2015
Dengan Pahang tewas 1-3 di Kuala Terengganu, membolehkan JDT kekal mendahului liga dengan kelebihan 2 mata seterusnya mengekalkan kejuaraan Liga Super Malaysia.
Video Gol-Gol Felda United vs JDT