JDT Tempuh Jalan Sukar Dalam Aksi AFC Cup

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
032

Masih segar dengan kejuaraan Liga Super 2015, JDT turun beraksi dalam saingan suku akhir AFC Cup bertemu kelab gergasi dari Hong Kong, South China. Mario Gomez menurunkan barisan pemain terkuat mereka, jelas menggambarkan usaha JDT untuk memenangi perlawanan ini.

101

Photo kredit: Asiana.my

Gol pertama perlawanan muncul pada awal separuh masa kedua selepas hantaran lintang S.Kunalan terkena tangan pemain pertahanan South China, Moses Mensah dalam kotak penalti. Luciano Figueroa tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan sepakan memberikan kelebihan 1-0 kepada JDT apabila sepakan penaltinya gagal diselamatkan penjaga gol pasukan dari Hong Kong ini.

 

Ketua jurulatih South China, Casemiro Mior mengubah strategi dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke 62, apabila Mahama Awal menampan mudah bola kedalam gol yang dikawal Izham Tarmizi.

Selepas jaringan penyamaan itu, South China lebih banyak menguasai permainan berbanding JDT bagi mencari gol kedua untuk dibawa pulang.

ALF_7841

Photo kredit: Asiana.my

Dengan keputusan seri ini, kelebihan jelas kepada pasukan South China apabila berjaya mencuri gol ditempat lawan untuk meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir nanti. Bagi JDT pula keputusan seri 2-2 atau lebih sudah cukup memberikan mereka laluan untuk mencipta sejarah layak ke saingan sepatuh akhir.

Photo kredit: Asiana.my

comments