Melaka Layak Ke Liga Perdana 2016
|
Pasukan Melaka sah layak ke Liga Perdana 2016, mengiringi Perlis yang lebih dahulu layak.
Walaupun Melaka tewas 0-2 kepada pasukan Young Fighters, mereka masih lagi kekal ditangga teratas apabila hanya dipisahkan dengan kelebihan jumlah perbezaan gol sahaja dengan MISC-MIFA.
Kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama, 36 mata, dan Melaka mempunyai 17 perbezaan jaringan berbanding 16 untuk MISC-MIFA.
Tahniah kepada pasukan Melaka!