Kelantan FA Gagal Bayar Gaji Pemain Selama 2 Bulan?
|
Menurut sebuah laman Fan Page Gate H Boys, mereka mendedahkan bahawa pengurusan pasukan Kelantan FA telah gagal melunaskan pembayaran gaji pemain selama 2 bulan.
Kegagalan itu juga bukan sahaja untuk pasukan utama The Red Warriors, malahan turut melibatkan beberapa pasukan pelapis lain seperti skuad Piala Belia U19 dan skuad Piala Presiden U21.
Ramai penyokong fanatik The Red Warriors dalam keresahan mengenai perkara ini jika benar ia berlaku, dan tidak menolak kemungkinan penurunan prestasi pasukan kebelakangan ini disebabkan masalah pembayaran gaji yang tertunggak.
Prev : Malaysia Seri 0-0 Bertemu Bangladesh Dalam Perlawanan Persahabatan
Next : Hayato Hashimoto Dedah Kelemahan Liga Malaysia
Next : Hayato Hashimoto Dedah Kelemahan Liga Malaysia