Malaysia Seri 0-0 Bertemu Bangladesh Dalam Perlawanan Persahabatan
|
Skuad Malaysia yang dalam persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, mempamerkan aksi tidak bermaya apabila hanya mampu seri 0-0 bertemu Bangladesh di Stadium Shah Alam.
Dengan keputusan ini, menyaksikan Malaysia telah beraksi dalam 5 perlawanan tanpa sebarang kemenangan selepas dipaksa seri 1-1 bertemu Timor Leste dan dibelasah Palestin 0-6 sebelum ini.
Masih banyak “kerj rumah” yang perlu disiapkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh jika masih menyimpan hasrat beraksi diperingkat lebih tinggi kerana jika dilihat secara dekat, boleh dikatakan hampir tiada perubahan taktikal yang dipamerkan walaupun menggunakan pemain berbeza.
Malaysia bakal bertemu UAE dalam aksi kumpulan A di Stadium Mohammed bin Zayed, Abu Dhabi pada 3 September 2015.
Next : Kelantan FA Gagal Bayar Gaji Pemain Selama 2 Bulan?