Malaysia Lunyai 10-0 Di Tangan UAE

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11896331_1033140596716570_588301825036086807_o

Skuad kebangsaan Malaysia yang beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 lunyai 10-0 di tangan United Arab Emirates (UAE) malam ini.

Kehancuran skuad Harimau Malaysa ini bermula pada minit ke 16″ apabila Mohanad Salem Al Enzi membuka jaringan pertama.

7 gol dijaringkan dalam separuh masa pertama.

16′ Mohanad Salem

22′ Ali Ahmed

24′ Ahmed Khalil

25′ Habib Fardam

29′ Ahmed Khalil

33′ Ali Ahmed

37′ Mohamad Ahmad

Malaysia Kalah 10-0 UAE

Photo kredit: FB FAM

Malaysia bolos 3 lagi gol dalam separuh masa kedua walaupun UAE dilihat telah banyak mengendurkan asakan ke kubu pasukan negara.

70′ Ahmad Khalil

76′ Ali Ahmed

78′ Ahmed Khalil

Tewas 10-0 kepada UAE sudah cukup memberikan indikator kepada barisan jurulatih dan pengurusan pasukan kebangsaan untuk keluar dari jawatan mereka serta-merta jika merasakan bertanggung jawab diatas prestasi “barai” seperti ini. Jika maruah jadi taruhan, pintu keluar sudah tersedia sekian lama.

Selamat malam Malaysia!

comments