Kelantan Jamin Isu Gaji Tertunggak Selesai.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11222915_971083139599394_5187618477051291732_o

Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa, memberi jaminan kepada pemain-pemain Kelantan bahawa beliau akan menyelesaikan masalah gaji tertunggak selama 2 bulan ini secepat mungkin.

Beliau memberikan kenyataan itu semasa sidang media di Kota Bharu sambil memberikan 3 pilihan kepada pemain.

“Kita beri tiga pilihan, pertama tak adil saya suruh main bola tapi tak bayar gaji, jadi kita beri cuti rehat tak payah main Piala Malaysia tapi gaji kita tetap kena cari. Kedua mereka teruskan (bermain), jangan fikir soal duit kerana kita akan ikhtiar asalkan main sungguh-sungguh masuk ke perlawanan akhir.

“Ketiga, bila bola sepak Kelantan dah sampai ke peringkat berhutang macam ini, kita tutup kedai dan biar orang lain ambil alih. Setelah berbincang, mereka (pemain) ambil pilihan kedua dan sebagai timbal balik pengurusan akan mengerah segala kudrat untuk menyelesaikan masalah gaji ini”.

Kelantan katanya, kurang RM 5 juta tajaan berbanding tahun sebelumnya apabila, kutipan tiket stadium jatuh dari RM4 juta kepada RM1.7 juta, kekurangan penjaan RM2 juta dan kehilangan sumbangan lain sebanyak RM1 juta.

comments