Struktur Liga Bola Sepak Jepun Yang Kita Perlu Tahu

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
NARUTO, JAPAN - DECEMBER 06:  (EDITORIAL USE ONLY) Gamba Osaka,Champion of 2014 J.League Division1 players pose for photograph after the J.League match between Tokushima Vortis and Gamba Osaka at Naruto Otsuka Sports Park Pocari Sweat Stadium on December 6, 2014 in Naruto, Tokushima, Japan.  (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

Ramai yang sedar kemajuan bola sepak Jepun sejak wujudnya J League 23 tahun lalu. Tetapi tidak ramai tahu bagaimana struktur liga bola sepak Jepun secara keseluruhannya yang menjadi antara faktor utama kemajuan mereka.

jleague1

Terdapat beberapa liga utama Jepun selain J League yang bertindak sebagai pembekal pemain kepada kelab-kelab utama di J League.

1) J League

Merupakan liga utama bola sepak Jepun dan antara liga bola sepak terbaik di Asia. Dalam kancah J League, ada 3 divisyen utama iaitu J1, J2 dan J3, dimana J3 merupakan entry level dalam J League (syarat minimum dikenakan oleh J League Association untuk mendapatkan J League Membership).

J1 League mempunyai 18 kelab, J2 League 22 kelab dan J3 League mempunyai 12 kelab termasuk J League U22.

2) Japan Football League (JFL)

JFL dahulunya merupakan liga divisyen 3 bola sepak Jepun, namun setelah pihak J League Association dalama usaha mereka memenuhi “J League 100 Years Vision”, mereka telah menubuhkan sebuah lagi liga dibawah pentadbiran J League iaitu Liga J3 pada 2014.

Selepas itu JFL menjadi liga divisyen 4 bola sepak Jepun, dengan rata-rata pemain yang beraksi dalam JFL adalah campuran pemain amatur dan ada juga secara profesional . Kelab-kelab yang berada di JFL adalah yang masih belum memenuhi syarat dan ketetapan J League, tetapi perlu mempunyai keahlian dalam “J League 100 years vision”.

Bagi musim 2015, 14 kelab beraksi dalam JFL bagi merebut tempat ke J3 – dengan syarat memenuhi semua syarat minimum untuk dinaikkan ke J3.

wan zack & nazirul naim Fc Ryukyu

Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim adalah diantara pemain negara kita yang pernah beraksi dalam JFL bersama FC Ryukyu.

3) Regional Football League (RFL)

Liga ini pula merupakan liga divisyen 5/6, dimana ada beberapa regional league yang mempunyai 2 divisyen iaitu 9 regional league divisyen 1 dan 6 regional league divisyen 2.

Ada 9 Regional League dalam struktur bola sepak Jepun dan pihak persatuan bola sepak regional akan memantau perkembangan liga ini. Terdapat 140 kelab yang beraksi dalam liga ini pada tahun 2014.

Senarai Regional League adalah seperti berikut.

– Hokkaido Regional League
– Tohoku Regional League
– Kanto Regional League
– Hokushinetsu Regional League
– Tokai Regional League
– Kansai Regional League
– Chugoku Regional League
– Shikoku Regional League
– Kyushu Regional League

Promotion/Relegation_Series_between_Japan_Football_League_and_Japanese_Regional_Leagues_In_2012_(002)

4) Prefectural Football League (PFL)

PFL pula merupakan liga divisyen 7 dan boleh disamakan dengan liga negeri jika di Malaysia. Tetapi Jepun mempunyai 47 prefecture, dan ini bermakna mereka mempunyai 47 Prefectural League yang dianjurkan secara efisyen dan profesional. Hokkaido Prefectural League dipecahkan kepada 5 blok liga yang berasingan.

Ini bermakna secara keseluruhannya Liga Prefectural ini mempunyai sebanyak 51 liga.

Dari apa yang kita nampak secara luaran ini, terdapat 200 kelab bola sepak yang beraksi dalam liga utama sehingga liga divisyen 6 Jepun. Setiap kelab ini sudah diterapkan visi serta arah tuju yang sama melalui “J League 100 Years Vision” dan ini menjadikan semua yang terlibat dalam sukan bola sepak Jepun bergerak secara kolektif bagi mencapai sasaran.

JFA dan J League Association berjaya menjadikan liga bola sepak Jepun sebagai contoh terbaik untuk dijadikan panduan oleh negara lain yang masih ketandusan pentadbiran yang cekap dalam menganjurkan sebuah liga bola sepak.

comments