Kedah Menang 2-1 ke atas Kelantan Dalam Aksi Persahabatan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12002439_1025063314192812_287613445784779260_o

Pasukan Kedah menang 2-1 ke atas Kelantan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman malam tadi.

Perlawanan ini merupakan aksi pemanas badan menjelang sepak mula TM Piala Malaysia 2015 yang akan bermula pacda 11 September nanti. 2 gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Mohd Rizal Ghazali dan Muhd Farhan Roslan, manakala gol tunggal pasukan Kelantan dijaringkan oleh Fakhrul Zaman, pemain Piala Presiden 2015 Kelantan.

Kedah mendahului Kelantan pada minit ke 67 apabila Mohd Rizal Ghazali apabila bola lorongan rakan sepasukannya disudahkan dengan sempurna menewaskan Syazwan. Kelantan merapatkan kedudukan pada minit 79 dengan Fakhrul Zaman menyambar bola muntah dari tangkapan penjaga gol Kedah. Muhd Farhan Roslan meletakkan Kedah dihadapan apabila gol minit terakhirnya memberikan Kedah kelebihan sehingga tamat perlawanan.

comments