Sidang Media Perlawanan Malaysia Bertemu Arab Saudi

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
000_Hkg10207396-940x470

Satu sidang media menjelang pertemuan keempat kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019, telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Turut hadir dalam sidang media adalah, pengedali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee, Kapten pasukan Safiq Rahim serta ketua jurulatih Arab Saudi, Bert van Marwijk dan ketua pasukannya, Osama Hawsawi.

KOMEN JURULATIH SEMENTARA MALAYSIA, DATUK ONG KIM SWEE
Petaling Jaya 20 january 2014. Ketua Jurulatih Harimau Muda , Datuk Ong Kim Swee   ketika hari pertama sesi latihan harimau Muda A di Wisma FAM Kelana Jaya. NSTP/Osman Adnan

Petaling Jaya 20 january 2014. Ketua Jurulatih Harimau Muda , Datuk Ong Kim Swee ketika hari pertama sesi latihan harimau Muda A di Wisma FAM Kelana Jaya. NSTP/Osman Adnan

“Kita tahu Arab Saudi antara gergasi Timur Tengah. Jadi kami perlu buat kerja rumah dan benar-benar berdisiplin.
 “Memang tak dinafikan mereka dilatih individu yang pernah membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010. Sudah tentu beliau lebih hebat dari segi taktikal tetapi itu tidak bermakna kita tidak mampu menyaingi Arab Saudi.
 “Saya yakin pemain akan meningkatkan prestasi mereka. Selepas tiga hari pulang dari Abu Dhabi, saya nampak mereka lebih tajam dan saya dapat rasakan apa dalam fikiran pemain ketika ini. Harap mereka dapat lakukan yang lebih baik esok.
 “Kami tak perlu fikir lagi perlawanan yang lepas. Pemain perlu pandang ke hadapan. Esok kita tunjukkan karakter sebenar dan kami perlu menang.
 “Saya harap pemain dapat bangkit dan buat penyokong semua, kami memerlukan peluang kedua. Kami perlukan sokongan anda. Saya yakin jika penyokong hadir memberikan sokongan malam esok, pemain mampu beraksi lebih baik.
 “Ada baiknya kami ada peluang dalam tempoh empat hari, biarpun singkat untuk membuktikan semula apa yang berlaku tempoh hari hanyalah mimpi ngeri dan kita boleh mencatat sejarah lebih baik, malam esok.”
KOMEN KETUA PASUKAN MALAYSIA, SAFIQ RAHIM
PETALING JAYA 06 December 2014. Natioanl footballer, Safiq Rahim at the national football team training for the AFF Suzuki Cup 2014 semi final match held at Wisma FAM. NSTP/Goh Thean Howe

PETALING JAYA 06 December 2014. Natioanl footballer, Safiq Rahim at the national football team training for the AFF Suzuki Cup 2014 semi final match held at Wisma FAM. NSTP/Goh Thean Howe

“Sebagai pemain kami perlu menghadapi situasi ketika ini dan perlu meneruskan perjuangan biarpun apa yang berlaku. Jadi kami tak boleh toleh ke belakang lagi dan perlu memandang ke hadapan dengan mengharapkan keputusan positif pada baki perlawanan selepas ini.
 “Lagipun kami akan beraksi di tempat sendiri, jadi ia pasti memberikan motivasi terbaik kepada pasukan.”
KOMEN JURULATIH ARAB SAUDI, BERT VAN MARWIJK
Marwijk_EB750F32298BE5FFC1257C800072DB83_11
“Kami datang ke sini untuk turun beraksi perlawanan yang cukup penting, malam esok. Kami cuba untuk melakukan persiapan sebaik mungkin, sebab itulah kami tiba di sini Jumaat lalu selepas aksi bertemu Timor Leste.
 “Mungkin semua menganggap ia akan menjadi satu perlawanan yang mudah buat kami kerana Malaysia tewas 10-0 kepada UAE dan jurulatih mereka (Dollah Salleh) sudah meletak jawatan, tapi saya tak rasa begitu.
 “Ia tetap bukan satu tugas mudah. Malaysia pasti akan menjadi lawan yang cukup berbahaya. Jadi kami perlu beri lebih fokus dan tidak memandang rendah kemampuan mereka.
 “Kami tidak memikirkan berapa jumlah jaringan. Kami akan cuba untuk memenangi perlawanan ini terlebih dahulu, itu yang lebih penting.”
KOMEN KETUA PASUKAN ARAB SAUDI, OSAMA HAWSAWI
992449
“Sama seperti yang dikatakan jurulatih, kami tetap perlu menghormati pasukan lawan, tidak kiralah mereka tewas pada perlawanan sebelum ini.
 “Kami hadir ke sini hanya untuk mempamerkan persembahan terbaik. Kami akan menghadapi Malaysia, sama seperti lawan yang lain.”

comments