Stadium Shah Alam “Battle Field”  FAM dan Ultras Malaya? Pihak Berkuasa Ramai Tapi Tiada.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
KAMZ5253

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 diantara Malaysia dan Arab Saudi diberhentikan pada minit ke 88 ketika kedudukan berpihak 2-1 kepada pasukan pelawat, apabila bom asap dan suar dilontar kedalam padang.

Beberapa “flare roket” juga dilancarkan dari tempat duduk Ultras Malaya ke udara dan ada kearah bangku pemain Malaysia serta kawasan penyokong Arab Saudi.

KAMZ5143

Photo by: Asiana.my

Apakah ini merupakan battle field FAM dan Ultras Malaya yang memang tidak berpuas hati atas apa yang berlaku dalam bola sepak Malaysia selepas pelbagai saluran digunakan tidak mendapat sambutan?

Abaikan seketika isu ini dan akan dibincangkan dalam artikel seterusnya.

12001037_10153218053372424_6078341984304911207_o

Isu Keselamatan.

Jika dilihat secara lebih dalam, bagaimana semua itu boleh ada didalam stadium sedangkan sebelum dibenarkan masuk ke dalam stadium perlu melepasi pemeriksaan Polis. Apakah wujud satu isu penguatkuasaan yang cukup lemah di pintu masuk?

KAMZ5309

Photo by: Asiana.my

Bagaimana pula petugas RELA diatas trek sudah bersedia dengan baldi air, kain basah dan sebagainya? Seperti pihak penguatkuasa sudah mengetahui berkenaan apa yang bakal berlaku tetapi memilih untuk melihat sahaja.

Kelibat Bomba juga ada yang siap sedia dengan pemadam api, FRU juga siap siaga ketika perlawanan belum bermula.

Apa guna apa pemeriksaan dipintu masuk jika didalam sudah sedia untuk “berperang”.

KAMZ5383

Photo by: Asiana.my

Periksa atau tidak. Atau sekadar bertugas untuk menyentuh poket dan lepas begitu sahaja.

Ramai tapi TIADA!

COY5U7rUEAAvaoB

Photo by: Asiana.my

comments