Hatrik Azamuddin Akil kecewakan PDRM di Kuantan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
SAF_1165

Pahang berjaya menewaskan pasukan PDRM 4-3 di Kuantan dalam perlawanan pertama kumpulan D saingan TM Piala Malaysia 2015.

Hatrik pemain sayap kebangsaan, Azamuddin Akil membantu Pahang untuk mengatasi saingan sengit yang diberikan oleh pasukan PDRM.  Alex menjaringkan gol pertama pada minit ke-2 sebelum disamakan oleh Traore 10 minit berselang.

SAF_1092

Photo kredit: Asiana.my

2 lagi gol dari Alex terhasil pada minit ke 34 dan 64 sebelum kedudukan berubah menjadi 3-3 apabila Ali Ashfaq dan Braganca menjaringkan 2 gol dalam tempoh 4 minit bermula pada minit ke-70.

Penyerang berbisa Pahang dari Nigeria, Dickson Nwakemae menyelamatkan Pahang dari berkongsi mata apabila jaringannya 11 minit sebelum tamat permainan membolehkan Pahang mengutip 3 mata penting dalam saingan TM Piala Malaysia 2015 ini.

comments