JDT II seri 0-0 bertemu Terengganu

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
KAMZ5918

Pasukan Liga Perdana, JDT II,  berjaya menyekat Terengganu di tempat sendiri dari mengutip 3 mata apabila seri 0-0 di Gong Badak.

Terengganu seakan berjaya mendahului JDT II apabila dihadiahkan sepakan penalti, namun pemain terbaik musim 2015 mereka, Gustavo tidak mampu untuk menewaskan penjaga gol JDT II untuk menjarakkan kedudukan mereka.

Photo kredit: Asiana.my

Photo kredit: Asiana.my

Pada perlawanan yang sama, penyerang berbisa Terengganu Issey Nakajima Farran, menerima trofi beserta hadiah apabila dipilih sebagai pemain terbaik bulanan oleh PFAM/Asiana.my.

Dalam saingan berasingan dalam kumpulan A, Lions XII juga seri 1-1 bertemu Kedah di Stadium Jalan Besar hasil jaringan Shahdan dan Sandro.

comments