Selangor Tumpas Kepada Kelantan 0-3 Di Shah Alam

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
SFI_6722

Pasukan “Red Giants”, Selangor, tumpas 0-3 kepada Kelantan dalam perlawanan pertama TM Piala Malaysia 2015 di Shah Alam.

3 gol Kelantan dijaringkan oleh 2 penyerang import mereka yang semakin mengengat ketika ini, Gilmar Da Silva dan Iwuji Amutu pada minit ke 26, 48 dan 52. Kehadiran watak penting dalam pasukan The Red Warriors itu, Badri Radzi sangat dirasakan apabila 2 gol pertama Kelantan adalah hasil dari bola hantaran bekas pemain tengah terbaik negara itu.

SFI_6697

Photo kredit: Asiana.my

Prestasi Kelantan berada dalam keadaan cukup sempurna ketika ini walaupun beberapa minggu lalu, dikejutkan dengan isu pembayaran gaji. Namun selepas presiden mereka berikrar untuk melangsaikan semua tunggakan dan mengharapkan pemain dapat memberikan aksi yang terbaik untuk pasukan, semua pemain mempamerkan aksi sebenar mereka diatas padang.

Aksi Khairul Fahmi di gawang gol juga harus diberi pujian apabila beberapa kali menyelamatkan gol Kelantan dari dibolosi oleh pasukan Selangor.

Keputusan lain dalam kumpulan C, Felda United mengatasi T-Team juga dengan keputusan sama 3-0 hasil jaringan Makeche Ndumba ( 2 gol ) dan penalti jaringan Indra Putra.

comments