Felda United Dan Penang FA bersedia sambar Issey Nakajima dari Terengganu

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
1_14_1200

Rundingan diantara pasukan Terengganu dengan penyerang import sensasi mereka Issey Nakajima Farran masih belum menemui persetujuan kedua belah pihak beberapa hari lalu.

Jika rundingan tersebut tidak menjadi sudah ada beberapa pasukan Liga Super yang bersedia untuk memiliki Issey Nakajima untuk musim baru Liga Super 2016.

Khabar Angin Bertiup Kencang

penangfa

Photo kredit: Johor Southern Tigers

Pasukan dari utara tanahair yang baru layak ke Liga Super 2016, Pulau Pinang bersiap sedia untuk memancing penyerang kacukan Jepun ini ke Pulau Mutiara. Skuad Harimau Kumbang ini dalam proses untuk mempersiapkan pasukan untuk menghadapi cabaran hebat saingan Liga Super 2016 dan mereka sedia untuk menambah beberapa pemain dalam pasukan.

Sebelum ini kami ada memberitahu bahawa, pengendali sementara skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee juga dikatakan bakal menyertai Penang FA sebagai ketua jurulatih mereka. Ini adalah indikator bahawa, Penang FA cukup serius untuk menambah kekuatan mereka tahun hadapan.

 

Felda United tidak ketinggalan.

doc6gvbjdm129v1ef6te1mc

Photo kredit: The Star

Barisan kendalian Irfan Bakti juga tidak ketinggalan untuk cuba menyambar Issey Nakajima sekiranya tidak persetujuan dicapai bersama Terengganu. Mereka juga bersedia untuk membuat rundingan berkenaan isu gaji yang diminta selepas menyaksikan prestasi pemain ini yang cukup mantap merobek gawang pasukan dalam saingan Liga Super 2015.

Terengganu perlu lebih pantas menyelesaikan isu ini jika mahu mengekalkan khidmat Issey Nakajima untuk musim seterusnya sebelum dipancing hebat beberapa pasukan yang diketahui mempunyai “bajet” untuk menggunakan khidmat beliau musim hadapan. Apapun semua ini adalah rumours dan kita akan lihat perkembangan selanjutnya dalam beberapa hari.

comments