JDT Berlepas Ke Hong Kong Bertemu South China
|
Pasukan JDT berlepas ke Hong Kong semalam untuk meneruskan perjuangan untuk mara ke peringkat separuh akhir AFC Cup 2015.
Skuad Harimau Selatan itu seri 1-1 bertemu South China dalam suku akhir pertama di Johor Bharu, dan pengendali JDT, Mario Gomez memasang impian untuk mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat separuh akhir AFC Cup.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Mong Kok, pada 15 September 2015 jam 8 malam itu kelihatan sedikit sukar apabila pasukan South China memiliki 1 jaringan tempat lawan yang memberikan mereka kelebihan berbanding JDT. JDT yang diketuai Safiq Rahim perlu menjaringkan gol untuk terus membawa cabaran Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Dalam perlawanan Piala Malaysia 2015 lalu, JDT menang bertemu Perak walaupun merehatkan beberapa muka “regular” bagi memastikan mereka cergas dan dapat memberikan fokus 100% kepada perlawanan bertemu South China ini.
Next : Felda United Dan Penang FA bersedia sambar Issey Nakajima dari Terengganu