Top 5 Kelab Bola Sepak Asia Tenggara Paling Popular Di Facebook
|
Seiring dengan perkembangan media sosial, penjenamaan sesebuah kelab juga tidak ketinggalan dalam menggunakan kemajuan teknologi untuk memperluaskan pengaruhnya.
Disini kami cuba untuk menyenaraikan 5 kelab Asia Tenggara yang mempunyai “Fans” yang paling ramai di Fan Page rasmi kelab mereka.
5) Chonburi FC ( Thailand) 852,671
Fan Page: Chonburi Football Club
Kelab ini berpangkalan di wilayah Chonburi dan perlawanan diadakan di Municipal Stadium, Chonburi. Menjuarai Liga Thailand pada 2007 seterusnya layak ke saingan AFC Champions League pada 2008.
4) Johor Darul Takzim (Malaysia), 1,028,991
Fan Page: Johor Southern Tigers
Pasukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama buat peminat bola sepak di Malaysia. Banyak pembaharuan dan tranformasi yang telah dilakukan oleh pasukan ini dibawah naungan Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sejak mula mengambil alih teraju pasukan selatan ini. Bintang-bintang ternama dunia juga bersilih ganti menyertai pasukan ini dan telah meninggalkan satu “benchmark” baru dalam persada bola sepak Malaysia sendiri.
3) Sriwijiaya FC (Indonesia), 1,332,154
Fan Page: Sriwijaya FC
Diasaskan pada 1976 dengan nama Persijatim Jakarta Timur dan pada 2014 kerajaan Sumatra Selatan telah menandatangani MoU pembelian kelab dengan pemilik Persijatim, M Zein dan menggunakan nama baru, Sriwijaya FC. Mereka juga merupakan pasukan pertama menjuarai Liga Indonesia 2007-2008 dan Piala Indonesia 2008 dalam tahun yang sama.
2) Muangthong United (Thailand) 1,415,779
Fan Page: Muangthong United FC
The Twin Qiling merupakan antara kelab bola sepak terkaya di Thailand. Berpangkalan di Muang Thong Thani, Nonthaburi, pasukan ini memiliki stadium bola sepak sendiri, SCG Stadium yang mampu memuatkan seramai 20,000 penonton. Bekas pemain Yokohama F Marinos, Naoaki Aoyama juga sedang beraksi bersama kelab tersohor Thailand ini.
1) Persib Bandung ( Indonesia) 6,446,920
Fan Page: Persib Bandung
Kelab yang berpangkalan di Bandung dan lebih dikenali dengan gelaran Maung Bandung ini diasaskan 82 tahun yang lalu. Skuad Pangeran Biru ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat PT. Persib Bandung Bermartabat dan Glen Sugita sebagai presiden. Mempunyai penyokong yang cukup fanatik dan mendukung sepenuhnya pasukan kebanggaan warga Bandung ini.
Like page Football Channel Malaysia di Facebook.
Follow Twitter kami di @FootballChannelMY.
Next : JDT Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir AFC Cup 2015