Azraai Khor Sah Jurulatih Baru Sabah 2016
|
Bekas pengendali pasukan Kelantan, Azraai Khor sah akan bersama pasukan Sabah dalam saingan Liga Perdana 2016 selepas bersetuju dengan tawaran yang diterima dari Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).
Keputusan itu dibuat oleh beliau selepas 2 kali perjumpaan dengan presiden SAFA, Datuk Seri Musa Aman.
Kontrak selama 1 tahun bermula 1 Ocktober 2015 itu telah ditandatangani oleh Azraai, dan beliau mempunyai kuasa penuh dalam pemilihan pemain serta membuat laporan terus kepada presiden SAFA. Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama dari semua pihak adalah sangat penting untuk membantu beliau membawa saingan Sabah dalam kancah Liga Perdana 2016 nanti.
Prev : Kashiwa Reysol Gagal ke Separuh Akhir AFC Champions League 2015
Next : Analisis Taktikal Piala AFC 2015: South China 1-3 JDT
Next : Analisis Taktikal Piala AFC 2015: South China 1-3 JDT