JDT Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir AFC Cup 2015

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
south_china_jdt_qf_leg2

Masih segar dengan kejuaraan domestik dan kemenangan membenam Perak dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2015 yang lalu JDT tiba di Stadium Mong Kok dengan impian untuk mencabar saingan AFC Cup 2015 ke tahap lebih tinggi.

Malam ini, JDT telah berjaya mencipta sejarah pasukan bola sepak pertama dari Malaysia yang layak ke saingan separuh akhir AFC Cup 2015, apabila memalukan pasukan South China 3-1 di tempat lawan.

11009872_524960141000623_5530360681006940282_n

Photo kredit: Johor Southern Tigers

Gol pertama – Mahali Jasuli (Agg 1-2)

Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 1-1, namun South China nampak mempunyai kelebihan dengan jaringan ditempat lawan. Semua itu tidak menjadi isu kepada kem Mario Gomez apabila berjaya menguasai permainan dengan baik. JDT mendahului 1-0 pada minit ke 24, selepas Leandro bertindak bijak untuk membuat hantaran kepada Mahali yang tidak dikawal dan disudahkan dengan satu tendangan melengkung melepasi jangkauan penjaga gol South China.

Kedudukan kembali terikat – Mahama Awal (Agg 2-2)

Kurang 2 minit kegembiraan JDT, Mahama Awal terus menjadikan kedudukan kembali terikat dengan agregat 2-2. Gol ini terhasil apabila sepakan penjuru disebelah kanan gol JDT ditanduk tipis oleh Bojan Malisic.  Bola berjaya ditepis oleh Izham Tarmizi, tetapi jatuh betul-betul dihadapan Mahama Awal yang bersedia melakukan rembatan terus kedalam gol dari jarak kurang 6 meter.

JDT Kembali Dihadapan – Safee Sali (Agg 3-2)

Gerakan yang dimulakan oleh Leandro dari sebelah kiri berhampiran kawasan penalti South China berjaya melepaskan Luciano Figueroa dari kawalan pemain pertahanan lawan dan seterusnya melakukan hantaran silang kedepan gol. Christian Mora Medrano berjaya menepis bola itu namun jatuh tepat ke kaki Safee Sali yang terus meletakkan JDT kembali dihadapan juga kurang dari 2 minit selepas gol penyamaan South China.

It was a disappointing performance. We have prepared for the AFC Cup very hard for the last two months and played very well in the first leg in Johor, but everything changed tonight – CASEMIRO MIOR, SOUTH CHINA COACH

south_china_jdt_leg2_qf

Photo kredit: The-AFC.com

Kad Merah Luciano Fugueroa

Ketika semangat JDT kian memuncak menekan pasukan dari Hong Kong ini, kem Harimau Selatan tersentak dengan satu keputusan pengadil Fahad Al-Marri dari Qatar yang melayangkan kad merah pada minit ke 35 kepada penyerang dari Argentina itu selepas dikesan menyiku muka pemain pertahanan South China, Cheung Chi Yung semasa perebutan bola diudara. Ini bermakna JDT akan beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh masa hampir 1 jam. Luciano Figueroa juga bakal terlepas perlawanan separuh akhir nanti.

Safee Sali menambah duka South China. (Agg 4-2)

12 minit berselang ketika perlawanan sudah memasuki masa tambahan separuh masa pertama, tendangan gol Izham Tarmizi terus menuju ke sebelah kiri kawasan South China. Jack Sealy cuba untuk mengawal bola namun Safee Sali bertindak bijak mengasak pemain pertahanan itu lalu memaksa beliau melakukan satu tandukan kearah penjaga gol yang tersasar. Safee Sali terus mengejar bola yang sedang melintasi kawasan didepan gol dan merembat kencang bagi mengukuhkan kedudukan JDT kepada 3-1.

It was a tense game as South China are a good side, but we showed our character. South China did not have too many chances when we were forced into defending in the second half – MARIO GOMEZ, JDT COACH

South China Menyerang Bertali Arus.

Memanfaatkan kekurang pemain JDT, South China terus mengasak kubu JDT bagi merapatkan jurang gol. Dan kemuncak asakan mereka apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan oleh S.Kunalan keatas Liang Zicheng. Sepakan itu gagal disempurnakan oleh ketua pasukan, Bojan Malisic apabila sepakannya jauh melewati palang gol yang dikawal oleh Farizal Marlias.

Photo kredit: The-AFC.com

Photo kredit: The-AFC.com

JDT bakal menerima tentangan daripada pemenang perlawanan Al-Qadsia dari Kuwait dan Al-Jaish dari Syiria. Pada perlawanan suku akhir pertama, Al-Qadsia menang 3-0 dan juga merupakan juara  AFC Cup 2014.

Tahniah JDT!

comments