Kashiwa Reysol Gagal ke Separuh Akhir AFC Champions League 2015
|
Kashiwa Reysol gagal ke peringkat separuh akhir AFC Champions League 2015 selepas tewas dengan agregat 2-4 skuad bimbingan Luis Filipe Scolari, Guangzhou Evegrande.
Dalam perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Tianhe Sports Centre, Kashiwa Reysol seri 1-1 namun kelebihan kepada Guangzhou Evergrande selepas menang perlawanan pertama di Kashiwa 3-1. Gol Kashiwa Reysol dijaringkan oleh Christiano pada minit ke 12 dan disamakan oleh Huang Bowen pada minit ke 30.
Esok satu lagi wakil Jepun, Gamba Osaka akan bertemu Jeonbuk Hyundai di Osaka. Pada perlawanan suku akhir pertama, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Prev : JDT Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir AFC Cup 2015
Next : Azraai Khor Sah Jurulatih Baru Sabah 2016
Next : Azraai Khor Sah Jurulatih Baru Sabah 2016