AFC Champions League 2015: Gamba Osaka Mara Ke Separuh Akhir

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
OSAKA, JAPAN - SEPTEMBER 16:  Team photo of Gamba Osaka during the AFC Champions League quarter final match between Gamba Osaka and Jeonbuk Hyundai Motors ]at Expo '70 Stadium on September 16, 2015 in Osaka, Japan.  (Photo by Kaz Photography/Getty Images)

Juara Liga J1 2014, Gamba Osaka mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir AFC Champions League 2015, apabila menundukkan Juara K League, Jeonbuk Hyundai di Osaka, semalam.

Kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan suku akhir pertama, dan masing-masing memerlukan kemenangan bagi meloloskan diri sebagai 4 pasukan terakhir dalam saingan tertinggi kelab Asia ini.

Perlawanan kedua berlangsung di Banpaku Expo 70 Stadium, Osaka cukup sengit apabila kedua-dua pasukan saling menjaringkan gol dan kemuncak pertembungan ini adalah pada 5 minit terakhir sebelum tamat perlawanan.

Gol Pertama Jeonbuk Hyundai

Sepakan bebas disebelah kanan gol berhampiran dengan garisan permainan dari Leonardo, terus menuju kedalam kawasan depan gol Gamba Osaka. Berlaku kekalutan apabila 8 pemain Gamba Osaka cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, namun dicabar oleh pemain Jeonbuk Hyundai yang berhempas pulas untuk menjaringkan gol. Bola cuba dikeluarkan oleh Keisuke Iwashita, tetapi sepakan kurang kemas dari beliau membolehkan bola terus menuju kearah Park Won Jaedan terus merembat kencang. Bola terkena tangan pemain pertahanan Gamba Osaka, Daiki Niwa dan pengadil terus menghadiahkan sepakan penalti kepada Jeonbuk Hyundai. Leonardo terus menyempurnakan sepakan membolehkan mereka mendahului 1-0.

Patrick Menyamakan Kedudukan 1-1

OSAKA, JAPAN - MAY 27: Anderson Patric Aguiar Oliveira #29 of Gamba Osaka celebrates the first goal during the AFC Champions League Round of 16 match between Gamba Osaka and FC Seoul at Expo '70 Stadium on May 27, 2015 in Osaka, Japan. (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

OSAKA, JAPAN – MAY 27: Anderson Patric Aguiar Oliveira #29 of Gamba Osaka celebrates the first goal during the AFC Champions League Round of 16 match between Gamba Osaka and FC Seoul at Expo ’70 Stadium on May 27, 2015 in Osaka, Japan. (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

Seminit berselang Gamba Osaka terus mengasak mencari gol penyamaan. Sepakan bebas dari kawasan tengah padang yang diambil oleh Yasuhito Endo dan kebijaksanaan gandingan Patrick serta Hiroyuki Abe berjaya mengelirukan pertahanan Jeonbuk yang naik keatas dalam cubaan untuk membuat perangkap offside pemain Gamba Osaka. Bola hantaran Endo tepat kepada Abe yang tidak langsung dikawal. Dengan Patirck juga bebas dari kawalan pemain pertahanan Jeonbuk, Abe membuat hantaran ke tengah dan Patrick hanya menyepak perlahan bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Rembatan Shu Kurata 

GettyImages-488458382

Shu Kurata yang tenang memegang bola di kawasan “final third” tanpa dicabar oleh Alex Wilkinson, melakukan rembatan kencang dari luar kotak, terbias kepada pemain pertahanan Jeonbuk, Choi Chul-Soon membuatkan penjaga gol Kwoun Sun Tae hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya buat kali kedua menajdikan kedudukan berpihak kepada Gamba Osaka dengan agregat 2-1.

Gol Penyamaan Jeonbuk Hyundai

Juara bertahan K League ini terus mengasak mencari gol kedua dihujung perlawanan. Hasilnya pada minit 88, hasil dari hantaran lintang Lee Keun-Ho dari sebelah kanan terus ditanduk kencang oleh pemain gantian Urko Vero. Kedudukan kembali terikat 2-2 dengan kelebihan kepada Jeonbuk Hyundai berdasarkan jaringan ditempat lawan.

Yonekura Membunuh Semangat Jeonbuk

OSAKA, JAPAN - SEPTEMBER 16: Koki Yonekura of Gamba Osaka, who scores the winner, thanks to the supporters with the team mascot--- during the AFC Champions League quarter final match between Gamba Osaka and Jeonbuk Hyundai Motors ]at Expo '70 Stadium on September 16, 2015 in Osaka, Japan. (Photo by Kaz Photography/Getty Images)

OSAKA, JAPAN – SEPTEMBER 16: Koki Yonekura of Gamba Osaka, who scores the winner, thanks to the supporters with the team mascot— during the AFC Champions League quarter final match between Gamba Osaka and Jeonbuk Hyundai Motors ]at Expo ’70 Stadium on September 16, 2015 in Osaka, Japan. (Photo by Kaz Photography/Getty Images)

Hantaran jauh dari bulatan tengah padang tepat kepada Kim Junya, dan beliau dengan pantas melakukan “through pass” pendek kepada Yonekura yang memperdayakan 2 pemain pertahanan Jeonbuk. Yonekura merebahkan badan untuk melakukan percubaan ke gawang Jeonbuk dan bola menerjah gawang disebelah kiri dengan permainan berbaki lebih kurang 90 saat.

Video gol-gol perlawanan

Dengan kemenangan ini, Gamba Osaka mara ke separuh akhir AFC Champions League 2015 dan bakal bertemu Guangzhou Evegrande.

comments