Dettmar Cramer Meninggal Dunia Pada Umur 90 Tahun
|
Siapa Dettmar Cramer?
Bapa bola sepak moden Jepun!
Inilah gelaran yang diberikan oleh ramai pemerhati bola sepak Jepun kepada Dettmar Cramer kerana jasa besar yang ditinggalkan kepada bola sepak Jepun. Dettmar Cramer dihantar oleh DFB ke Jepun sebagai seorang instruktor bola sepak dan selepas itu JFA memilih beliau sebagai jurulatih skuad Olimpik Tokyo 1968.
Selain itu beliau juga lah yang menyalurkan idea dan membangunkan liga bola sepak pertama Jepun, memberikan latihan kepada jurulatih Jepun, dan mencipta formula dan polisi dalam pembangunan bola sepak Jepun yang kemuncaknya apabila Jepun berjaya mendapat pingat gangsa Sukan Olimpik Mexico 1968.
Kemudian beliau kembali ke Jerman untuk menjadi jurulatih beberapa kelab Bundesliga dan juga ke Timur Tengah bersama Al-Ittihad dan Greece bersama Aris Salonika. Pada 1984-1985, beliau menjadi jurulatih pasukan Malaysia sebelum dilantik sebagai jurulatih U23 Korea Selatan dan Thailand.
Next : Piala Malaysia 2015: Kedah belasah Terangganu 5-0 Di Alor Star.