Piala Malaysia 2015: Kedah belasah Terangganu 5-0 Di Alor Star.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
asiana-18179

Mala petaka bagi pasukan Terengganu apabila tewas mengejut 5-0 kepada pendatang baru Liga Super 2016, Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Percubaan bahaya Kedah ke gawang Terengganu hadir pada minit ke 20 apabila sepakan Sandro berjaya menewaskan Sharbinee namum Ahmad Nordin Alias berjaya menampan bola dari terus menerjah gawang.

Kad Merah Hafizal Mohamad

Bentesan lambat dari belakang keatas Farhan Roslan menyebabkan pengadil perlawanan,Muhamad Nazmi Nasaruddin tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepada Hafizal Mohamad pada minit ke 25. Namun Kedah tidak berjaya menyempurnakan peluang sepakan bebas yang diberikan untuk mendahului Terengganu.

Tiada sebarang tepat ke gawang Kedah daripada pasukan Terengganu kecuali hanya 1 berpunca dari Gustavo Lopez 3 minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

asiana-18198

Photo Kredit: Asiana.my

Separuh Masa Kedua: Kedah Mula Garang

Gol pertama Kedah terhasil pada minit ke 52, apabila Mohd Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva saling bertukar hantaran sebelum pemain import Brazil itu melepaskan satu rembatan deras menewaskan Sharbinee Alawi disebelah kanan gol. Minit ke 65, juga bermula dari gerakan Sandro Da Silva, hantarannya kepada Chidi Endeh dihalang keras oleh pemain import pertahanan Terengganu Bikana didalam kawasan penalti. Pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kedah – sekali lagi disempurnakan oleh Sandro Da Silva.

Gol Farhan Roslan.

Chidi Endeh sekali menjadi watak utama kepada gerakan gol ke 3 Kedah ini. Beliau berjaya menggelecek 4 pemain pertahanan Terengganu didalam kotak penalti sebelum berjaya membuat rembatan yang hanya mampu ditepis keluar oleh Sharbinee. Farhan Roslan yang sentiasa “alert” dengan peluang minima yang muncul sebegini, menyambar bola muntah itu dan meletakkan Kedah 3 gol dihadapan Terengganu itu.

Photo Kredit: Asiana.my

Photo Kredit: Asiana.my

Mat Yo Pijak Pemian Pertahanan Kedah.

Tindakan pemain ini memijak pemain pertahanan Kedah, Osman Yusof pada minit ke 76 memburukkan lagi keadaan apabila beliau dilayangkan kad merah. Terengganu hanya mempunyai 9 orang pemain dan ketinggalan 0-3 pada minit ke 76.

 

Hatrik Sandro Da Silva Mendonca

asiana-18521

Photo Kredit: Asiana.my

Gerakan dari 3 pemain , Badrol Bakhtiar, Shakir Ali dan Sandro menghasilkan gol ke 4 Kedah. Gerakan dimulakan oleh Badrol yang berada berdekatan garisan penalti dan membuat hantaran ke tengah. Shakir Ali melakukan “dummy” seterusnya membuka ruang kepada Sandro yang merembat deras ke penjuru kanan gawang Terengganu untuk mencatat hatrik.

4 minit sebelum tamat perlawanan, Alif Fadhil menanduk masuk bola hantaran lintang Badrol dari sebelah kanan menjadikan kedudukan 5-0.

Dengan keputusan ini Terengganu hanya mengutip 1 mata dari 2 perlawanan dan bolos 5 gol menjadikan mereka berada dikedudukan tercorot kumpulan A berkongsi mata bersama JDT II namun dibezakan oleh perbezaan gol.

comments