6 Kelab Asia Tenggara Yang Pernah Ke Separuh Akhir AFC Cup

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Photo kredit: Asiana.my

Terbaru pasukan JDT merupakan pasukan yang telah berjaya layak ke peringkat separuh akhir saingan AFC Cup 2015. Sebelum JDT, ada 6 lagi kelab bola sepak Asia Tenggara yang lain pernah sampai ke tahap ini.

1) Geylang International FC (Singapore – 2004)

Geylang

Dikenali juga dengan nama Geylang United, pasukan dari Singapura ini layak ke saingan separuh akhir AFC Cup 2004 selepas menumbangkan Perak dengan agregat 5-3. Bagaimana pun mereka tewas 1-2 kepada Al Wahda, kelab dari Syria dan gagal ke peringkat akhir. Alexander duric merupakan senjata utama Geylang.

2) Home United (Singapore – 2004)

Home-United

Sebuah lagi pasukan dari Singapura yang juga layak ke saingan separuh akhir AFC Cup 2004. Mereka layak ke saingan separuh akhir apabila menewaskan Olympic Beirut 5-4 namun tewas diperingkat separuh akhir kepada Al Jaish 1-6.

3) Becamex Binh Duong (Vietnam -2009)

cong-vinh-khong-cuu-noi-becamex-binh-duong

Pasukan ini mencipta sejarah bola sepak Vietnam apabila layak ke separuh akhir AFC Cup 2009 selepas menumbangkan gergasi Thailand Chonburi dengan agregat 4-2. Majoriti pemain kebangsaan Vietnam beraksi untuk pasukan ini dan dengan adanya pemain import berkualiti, membolehkan mereka lolos ke saingan separuh akhir. Kemaraan mereka untuk ke peringkat akhir digagalkan oleh kelab Syria, Al Karamah.

4) Muangthong United (Thailand – 2010)

AFC+Champions+League+Playoff+Melbourne+Victory+OaL3nt8rAnKl

Gergasi Thailand ini beraksi dalam saingan AFC Cup 2010 apabila tidak berjaya beraksi cemerlang dalam aksi kumpulan AFC Champions League. Dalam misi ke separuh akhir itu, mereka berjaya mengejutkan gergasi Asia Barat termasuklah Al Rayyan. Mereka menewaskan Al Karamah di peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Al Ittihad yang menggagalkan misi ke peringkat akhir.

5) Chonburi (Thailand -2012)

t75363

Menewaskan dua gergasi Asia Barat Al Zawra dan Al Shorta untuk sampai ke saingan separuh akhir. Namun mereka tewas dengan agregat 8-2 kepada Arbill diperingkat separuh akhir.

6) Persipura Jayapura (Indonesia – 2014)

Persi

Menewaskan Yangon FC dengan agregat 9-2 untuk layak ke suku akhir dan membelasah Kuwait SC 6-2 untuk layak ke saingan separuh akhir. Namun mereka tewas agregat 2-10 kepada juara 2014, Al Qadsia.

 

comments