AFC Futsal Wanita 2015: Iran Juara Tewaskan Jepun 1-0
|
Pasukan futsal wanita Iran menewaskan Jepun 1-0 dalam perlawanan akhir AFC Futsal Wanita 2015 di Stadium Tertutup Nilai.
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke 8 apabila Karimi merembat masuk selepas berlaku kekeliruan diantara pemain Jepun dihadapan gol mereka. Iran menjadi juara pertama kejohanan ini dan boleh dinobatkan sebagai pasukan no 1 di Asia dalam arena futsal.
Dalam perlawanan tempat ke 3/4, Thailand menewaskan Malaysia 4-2 untuk menggondol tempat ke 3 dalam kejohanan ini. Bagi pasukan Malaysia, ini merupaka satu pencapaian yang cukup membanggakan selepas berjaya menjadi pasukan ke 4 terbaik di Asia. Namun begitu, masih banyak lagi kerja dan latihan perlu dilakukan untuk terus meningkat dan bersaingan dengan kuasa besar yang lain.
Next : 3 Kelab Divisyen 4 Jepun Dapat Lesen Bermain Dalam J3 League