3 Kelab Divisyen 4 Jepun Dapat Lesen Bermain Dalam J3 League
|
3 buah kelan dari Japan Football League (JFL) telah diluluskan lesen “J3 100 Years Vision” yang akan membolehkan mereka layak beraksi dalam saingan J3 League musim 2016.
Namun begitu, ketiga-tiga kelab ini masih terikat dengan pelbagai syarat lain seperti mengekalkan rekod kehadiran penyokong melebihi 2000 orang dan jumlah pendapatan kelab perlu melebihi 150 juta Yen setahun.
Azul Claro Numazu:
- Diasaskan pada 1977 dengan nama Numazu Arsenal SC
- Nama ditukar kepada Azul Claro Numazu pada 2006
- Stadium Ashitaka Athletic, berkapasiti 10,000 penonton.
- Dimiliki oleh Azul Claro Suruga Corporation.
Nara Club:
- Diasaskan pada 1991
- Beraksi di Stadium Konoike Athletic yang berkapasiti 36,000 penonton.
- Dimiliki oleh Nara Club Corporation.
Kagoshima United FC:
- Diasaskan pada 2014 setelah Volca Kagoshima dan FC Kagoshima bergabung.
- Kedua-dua pasukan beraksi dalam Kyushu Regional League sebelum bergabung.
- Sekarang Kagoshima United mempunyai 2 pasukan – pasukan utama beraksi dalam JFL dan pasukan kedua beraksi dalam Kyushu Regional League.
Sebuah kelab berpangkalan di Iwate, Vanraure Hachinohe gagal untuk mendapatkan kelulusan ini kerana tidak mempunyai stadium/padang sendiri sehingga Oktober 2015 ( Dijangka siap selepas dari tarikh tutup kelulusan permohonan).
Like Facebook : Football Channel Malaysia
Prev : AFC Futsal Wanita 2015: Iran Juara Tewaskan Jepun 1-0
Next : 22 PEMAIN TERBAIK J LEAGUE SEJAK 1993
Next : 22 PEMAIN TERBAIK J LEAGUE SEJAK 1993