Nguyen Cong Phuong Sah Sertai Kelab J2 League Mito Hollyhock Musim 2016.
|
Penyerang muda Vietnam yang juga penggempur kelab Hoang Anh Gia Lai, Nguyen Cong Phuong telah disahkan oleh wakil beliau Nguyen Tan Anh.
Pihak kelab beliau HAGL, sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemain-pemain yang mempunyai peluang beraksi dalam liga yang lebih tinggi. Dan mereka merasakan Jepun merupakan tempat terbaik untuk memberikan pendedahan kepada pemain berbakat yang mereka ada.
Pemain muda ini pernah menjadi duri dalam daging kepada pasukan Harimau Muda A dengan kelincahan dan larian beliau yang mengelirukan pemain negara.
Dengan perpindahan ini akan menjadikan Cong Phuong,20 tahun, sebagai pemain kedua Vietnam beraksi dalam J League, selepas beberapa tahun lalu, Lee Cong Vinh melakukan perkara sama apabila beraksi bersama Consadole Sapporo dalam saingan J2 League.
Next : Renofa Yamaguchi Lulus Lesen Untuk Beraksi Dalam Kancah J2 League.