Piala Malaysia 2015: Kedah 2-3 JDT II

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Photo by: Johor Southern Tigers FB

Juara Liga Premier 2015, Kedah gagal untuk mencapai kemenangan keatas pasukan JDT II dalam saingan Piala Malaysia 2015 apabila tumpas 2-3 kepada lawan dari selatan itu.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Kedah dalam Kumpulan A apabila masih kekal berada di tempat ke-2 walaupun dibezakan oleh perbezaan gol.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh 25,000 penonton Helang Merah itu, kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 2-2 sehingga minit ke 78 apabila Zaquan Adha menjaringkan gol kemenangan JDT II hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak.  2 gol Kedah dijaringkan oleh Sandro Da Silva pada minit ke 37 dan Chidi Edeh pada minit ke 54, manakala JDT II pula oleh kapten pasukan Mohd Shahril Ishak minit ke 14 dan Baihakki Khaizan minit ke 45.

comments