Toyota Melanjutkan Kontrak Penajaan Liga Premier Thailand

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
TPL

Pada 25 September lalu, Toyota Motor Thailand telah mencapai persetujuan bersama Thailand Premier League untuk melanjutkan penajaan liga divisyen 1 Thailand itu sehingga 2018.

Kontrak lanjutan selama 3 tahun itu dikatakan berjumlah 300 juta Bath ( USD8.4 juta ) itu ditandatangani oleh wakil Toyota Motor Thailand, Saruttakul Jamsombun dan Presiden Liga Premier Thailand, Ong-art Korsinka bertempat di bangunan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Toyota mula memberikan tajaan kepada Thai Premier League dari 2013 bernilai 200 juta Bath (USD5.5 juta).

Selain Thai Premier League, Toyota juga menaja beberapa lagi kejohanan lain seperti Thai League Cup, dan Thai Premier Cup dengan kontrak berasingan.

 

comments