6 Perkara Utama Pemain Malaysia Perlu Tahu Untuk Bermain Dalam J League
|
Beraksi dalam mana-mana liga diluar negara adalah impian seorang pemain bola sepak profesional. Sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran kelab, mereka perlu memikirkan banyak perkara yang bakal mereka lalui nanti.
Jika dilihat kepada J League, dalam konteks pemain bola sepak profesional Malaysia beberapa perkara ini perlu diambil kira sebagai salah satu persediaan sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran. Mungkin ada individu yang tidak kisah sangat dengan perkara ini, tetapi ada juga yang terlalu berkira.
Kita perhatikan apakah pro dan kontra jika bermain bola sepak dalam J League.
Pro
1. Lawan yang lebih kompetitif.
Pemain-pemain yang berpeluang untuk beraksi dalam J League akan dihidangkan dengan lawan yang lebih kompetitif dari semua segi seperti ketahanan stamina, endurance, kelajuan, pecutan, teknikal dan fizikal. Pemain seperti Masaru Kato ( Albirex Niigata) , pemain yang berada di ranking pertama paling jauh jumlah jarak larian bagi setiap perlawanan dengan catatan 13.96km satu perlawanan, dan Keijiro Ogawa ( Vissel Kobe) pemain paling banyak membuat larian melebihi 25km/j musim 2015 sebanyak 47 kali dalam satu perlawanan – bakal menguji ketahanan pemain dari Asia Tenggara umumnya dan Malaysia khasnya.
2. Atmosfera Stadium.
Penyokong dalam J League sangat fanatik kepada kelab masing masing kerana kewujudan kelab itu sendiri adalah sebahagian dari “hometown” mereka. Boleh dikatakan sebahagian besar kelab J1 dan J2 mempunyai “penyokong tegar” yang sentiasa hadir setiap minggu memberikan sokongan dengan cara tersendiri.
Purata kehadiran penonton di setiap venue perlawanan J League adalah sekitar 17,240 orang.
Tonton video dari penyokong Kashima Antlers dibawah untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana mereka memberikan sokongan kepada pasukan kelab kesayangan mereka.
3. Tawaran gaji yang menarik.
Mengikut artikel SportsMail, J League berada di ranking ke 24 paling tinggi bagi purata pendapatan pemain bola sepak.
Berdasarkan kiraan tukaran mata wang asing sekarang, purata pendapatan tahunan pemain J League adalah £127,076 bersamaan RM844,121 setahun.
BACA JUGA: HAYATO HASHIMOTO DEDAH KELEMAHAN LIGA MALAYSIA
Kontra.
1. Makanan.
Faktor pemakanan juga sangat dititik beratkan oleh kelab-kelab dari J League. Jika pemain Malaysia beragama Islam, mereka mungkin perlu merujuk kepada ahli dalam bidang pemakanan halal Jepun bagi membolehkan mereka mengikuti diet yang telah ditetapkan oleh pihak kelab.
Dan berkemungkinan besar mereka perlu memasak sendiri makanan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pengurusan kelab untuk mengoptimumkan prestasi diatas padang
2. Komunikasi
Walaupun sekarang Jepun sudah lebih terbuka dan tahu berkenaan bahasa Inggeris, namun boleh dikatakan mereka sentiasa menggunakan bahasa Jepun semasa latihan dan juga perlawanan.
We all speak football…in Japanese!
3. Iklim & Cuaca
Selain dari menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan iklim 4 musim, pemain juga perlu cuba untuk “memahami” bagaimana permainan mereka diatas rumput yang berbeza apabila bertandang ke stadium lawan yang menggunakan rumput berbeza seperti ” Winter Grass” & ” Summer Grass”. Ini juga tidak kurang pentingnya dimana ia mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada naik turun prestasi seseorang pemain bola sepak itu sendiri.
Like Facebook : Football Channel Malaysia
Next : Sebab Sebenar Wan Zack haikal Meninggalkan FC Ryukyu Dan Menyertai Kelantan FA