Separuh Akhir Pertama AFC Cup 2015: Al Qadsia SC 3-1 JDT

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
qadsai_jdt_sf_leg1

Al Qadsia menang dalam perlawanan separuh akhir pertama AFC Cup 2015 bertemu JDT dengan keputusan 3-1 yang berlangsung di Mohammed Al-Hamad.

Separuh Masa Pertama:

Di awal separuh masa pertama jelas dapat diperhatikan JDT bekerja keras untuk mengimbangi corak dan tempo permainan pantas Al-Qadsia. Walaupun beberapa kali pintu gol JDT diuji namun ketangkasan penjaga gol Izham Tarmizi berjaya menafikan gol awal Al Qadsia. Beberapa kali juga palang gol JDT bergegar hasil cubaan pemain-pemain Al Qadsia terutama barisan depan mereka yang diketuai oleh Seydouba Soumah dan Doris Solomo.

Satu-satunya peluang dalam kotak penalti yang diperolehi JDT adalah apabila gerakan Leandro yang cuba merobek pertahanan Al Qadsia pada minit ke-20, tetapi berjaya digagalkan oleh pertahanan kelab Kuwait ini.

12027507_529746227188681_8591871060142963893_n

Photo by Johor Southern Tigers

Gol pertama Al Qadsia muncul pada minit ke 32, apabila sepakan sudut disebelah kanan gol ditanduk oleh Doris Solomo yang tidak dikawal kemas oleh Gary Steven Robbat. Izham Tarmizi juga mampu untuk menyelamatkan tandukan ini jika beliau tidak keluar untuk cuba menangkap bola sebelum tandukan dibuat.

Aidil Zaquan sekali lagi menjadi pemain tumpuan, apabila halangan yang dibuat keatas pemain penyerang Al Qadsia menyebabkan pengadil memberikan sepakan penalti pada minit ke 42. Kapten pasukan Al Qadsia, Bader Al Mutawa menjadikan kedudukan 2-0.

Fazly Mazlan, Izham Tarmizi, Marcos dan S. Kunalan dilihat sebagai pemain paling menonjol dalam separuh masa pertama.

 

Baca Juga: AL QADSIA SC: MUSUH JDT SEPARUH AKHIR AFC CUP 2015

Separuh Masa Kedua

Al Qadsia tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila rembatan padu Seydouba Soumah dari luar kotak penalti tidak berjaya dihalang oleh Izham Tarmizi pada minit ke 57. Selepas itu Mario Gomez melakukan 3 pertukaran dalam separuh masa kedua  bagi menghidupkan kembali peluang JDT untuk mendapatkan gol ditempat lawan. Amri Yahyah, S.Chanturu dan Amirulhadi Zainal dimasukkan untuk memberikan nyawa baru kepada Harimau Selatan.

12046637_529722857191018_3171821294968248545_n

Photo by Johor Southern Tigers

Hasilnya, JDT berjaya mengasak kubu Al Qadsia lebih kerap dan mampu memberikan satu cabaran baru yang mungkin tidak dijangka oleh pemain pemain Al Qadsia. Minit ke 82, Leandro sempat membuat hantaran kepada Amri yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain pertahanan, terus melakukan rembatan kearah gol selepas melihat kedudukan penjaga gol Al Qadsia, Ahmed AlFadhli terkeluar dari posisinya. Gol penting ini sangat berharga bagi JDT untuk perlawanan timbal balik di Larkin 20 Oktober nanti.

Juara Liga Premier Kuwait 2014 itu cuba meningkatkan tempo perlawanan sejurus gol Amri untuk cuba mencari gol tambahan, namun pemain pemain JDT cukup kental bertahan sambil mengasak untuk mencari gol kedua. Perlawanan berkesudahan Al Qadsia SC 3-1 JDT.

 

Kesimpulan.

JDT masih lagi satu tangga dibawah Al Qadsia SC jika dilihat dari segi kelajuan, intesiti, kemampuan membuat keputusan dan teknikal. Namun JDT masih mampu untuk mengimbangi perlawanan terutama dengan persembahan dalam separuh masa kedua. Secara keseluruhannya, pasukan JDT perlu lebih menggunakan hantaran pendek pantas untuk minimize body contact apabila bertemu dengan pasukan dari Timur Tengah.

Pertemuan di Larkin nanti sudah pasti akan memberikan satu suasana berbeza dengan sorakan penyokong JDT dan sokongan dari seluruh negara. JDT memerlukan 2 gol tanpa bolos untuk terus mencipta sejarah ke perlawanan akhir.

 

Like Facebook : Football Channel Malaysia

comments