Skuad Bawah-13 PPBN Raih Pengalaman Antarabangsa

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
nfdp-uk-tour

Sejumlah 54 pemain skuad bawah-13 tahun telah meraih pengalaman berharga apabila Program Jelajah United Kingdom dan Program Jelajah ASEAN yang dianjurkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) melabuhkan tirainya, kelmarin.

25 pemain telah dipilih untuk Jelajah United Kingdom dan 29 lagi menyertai Jelajah ASEAN yang bermula pada 12 hinggalah 26 September 2015.

Jelajah UK

Program Jelajah UK melibatkan 10 perlawanan persahabatan menentang akademi-akademi Liga Perdana dan Liga Kejuaraan England seperti Liverpool, Manchester City, Crystal Palace, Tottenham Hotspur dan West Ham.

Pada tahun lepas, Program Jelajah UK PPBN hanya melibatkan perlawanan-perlawanan di sekitar London.

Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim menyifatkan program Jelajah UK pada tahun ini telah mencapai objektif yang dikehendaki.

“Setiap tahun kita mahukan perlawanan yang berkualiti dan kompetitif untuk para pemain ini dan dengan penganjuran program sebegini, kita telah dedahkan seberapa ramai pemain dengan persekitaran bola sepak di tahap tertinggi dan bertaraf dunia.”

“Sebagai contoh ketika di UK, kami telah bertarung dengan pasukan-pasukan yang berkualiti tinggi seperti Liverpool FC, Manchester City FC dan West Ham United FC.”

nfdp-uk-tour-mancity

“Pasukan-pasukan sebegini telah memberi tekanan yang hebat terhadap anak tempatan kita dan ini telah memberikan mereka peluang untuk membuktikan bahawa mereka juga sama hebat seperti pemain-pemain muda di Eropah, malah lebih baik berbanding mereka.” tambah Teong Kim.

Program Jelajah United Kingdom merupakan program tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama dan bantuan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang merupakan salah satu rakan nasional PPBN.

nfdp-uk-tour-qpr

Selain daripada membantu mengaturkan perlawanan menentang akademi-akademi ternama di England, QPR juga menerima 4 jurulatih PPBN yang akan berkelana selama 3 minggu (27 September-17 Oktober 2015) di Heston bagi program kejurulatihan intensif di bawah Akademi Bola Sepak QPR.

Jurulatih-jurulatih PPBN tersebut ialah Abdul Jalil Md Isa (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perlis), Armi Shariff (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu), Omar Maya Amat (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sabah), dan Zabidi Osmain (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor).

Jelajah ASEAN

Sementara itu seramai 29 pemain dan 9 jurulatih yang diketuai oleh Wan Rohaimi Wan Ismail telah dihantar ke Thailand, Cambodia & Vietnam bagi Program Jelajah ASEAN. Inisiatif ini diambil bagi memberikan pendedahan luar negara kepada lebih ramai pelatih skuad elit.

Sebahagian besar pemain-pemain Jelajah ASEAN ini mendapat pendedahan sulung bermain di luar negara melalui perlawanan-perlawanan menentang akademi-akademi utama di ketiga-tiga negara ASEAN tersebut seperti Chonburi FC, PVF Vietnam dan Phnom Penh Crown FC.

Keputusan penuh Jelajah United Kingdom (11- 26 September 2015) & Jelajah ASEAN (14 – 26 September 2015) adalah seperti berikut:

Jelajah UK 2015

14 September : Malaysia B13 (7) LWN (0) Barnsley Schools FA B13 [Video highlight]
15 September : Malaysia B13 (5) LWN (1) Sheffield Wednesday FC B14
Malaysia B13 (5) LWN (0) Sheffield Wednesday FC B13
17 September : Malaysia B13 (3) LWN (2) Liverpool FC B13
18 September : Malaysia B13 (0) LWN (2) Manchester City FC B13
21 September : Malaysia B13 (1) LWN (0) Queens Park Rangers FC B13
22 September : Malaysia B13 (1) LWN (1) Reading FC B13
23 September : Malaysia B13 (2) LWN (1) West Ham United B13
24 September : Malaysia B13 (7) LWN (2) Tottenham Hotspur B13
25 September : Malaysia B13 (7) LWN (0) Crystal Palace B13

Jelajah ASEAN 2015

Thailand

15 September : Malaysia B13 (1) LWN (1) Sri Racha College B13
16 September : Malaysia B13 (6) LWN (1) Thakhampittayakhom B13
17 September : Malaysia B13 (0) LWN (1) Chonburi FC B13

Cambodia

19 September : Malaysia B13 (1) LWN (3) Phnom Penh Crown FC B15
20 September : Malaysia B13 (2) LWN (4) Svay Rieng B15
21 September : Malaysia B13 (4) LWN (0) Phnom Penh Crown FC B15

Vietnam

23 September : Malaysia B13 (2) LWN (4) PVF Vietnam B13
24 September : Malaysia B13 (8) LWN (0) Ho Chi Minh City FA B13
25 September : Malaysia B13 (1) LWN (2) PVF Vietnam B13

comments