Hisato Sato Bakal Menyamai Rekod Penjaring Terbanyak J1 Sepanjang Zaman!
|
Penyerang utama Sanfrecce Hiroshima, Hisato Sato bakal menyamai rekod jaringan terbanyak J1 sepanjang zaman yang masih dipegang oleh lagenda bola sepak Jepun, Masashi “Gon” Nakayama dengan 157 gol.
Rekod jaringan Sato dalam J1 League sekarang adalah 156 gol, dan jika beliau menjaringkan gol dalam pertemuan dengan FC Tokyo esok, nama Hisato Sato bakal diangkat setaraf dengan Gon dalam kancah J1. Jika 2 gol dijaringkan Sato esok, juga bakal mencatat sejarah baru penjaring terbanyak J1 sepanjang zaman.
Sebagai rujukan, sejak menyertai Sanfrecce Hiroshima pada 2005, beliau tidak pernah gagal menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol bertemu FC Tokyo kecuali pada 2008 dan 2011 apabila Sanfrecce Hiroshima turun ke J2.
Rekod jaringan Sato bertemu FC Tokyo sejak menyertai Sanfrecce Hiroshima.
- 2005 – 1 gol
- 2006 – 1 gol
- 2007 – 2 gol
- 2008 – J2
- 2009 – 1 gol
- 2010 – 1 gol
- 2011 – J2
- 2012 – 1 gol
- 2013 – 1 gol
- 2014 – 1 gol
Secara keseluruhannya, Hisato Sato telah menjaringkan 156 gol dalam 371 perlawanan J1 League dan menjaringkan 206 gol dalam J League (J1/J2)
Next : Diskaun Penginapan Hotel Semasa Perlawanan J League