Honda Keisuke Menubuhkan Akademi Bola Sepak Mengikut Kurikulum Sendiri

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
honda-sports-land

Sebuah syarikat yang menguruskan ahli sukan profesional, Honda Estilo Corporation mengumumkan bakal membuka secara rasmi sebuah akademi bola sepak di Makuhari, Chiba.

Idea penubuhan sebuah akademi ini adalah hasil dari permintaan pemain terkenal Jepun, Keisuke Honda yang kini sedang beraksi dalam Serie A bersama AC Milan. Majlis pembukaan rasmi itu akan diadakan pada bulan Disember 2015, disebuah tapak yang diberi nama Honda Sports Land. Disini dua buah pasukan akan mengikut kategori umur – Soltilo FC Junior Youth & Soltilo FC Youth, akan diberikan latihan dan persediaan bagi menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Bekas pemain kebangsaan Jepun, Akita Yutaka dipilih untuk mengisi jawatan Super Advisor di akademi ini. Pemilihan untuk pasukan Siltilo FC Youth akan diadakan pada 17 & 18 Oktober ini di bandar Kiyose, Tokyo dan Akita Yutaka sendiri akan menjadi panel pemilihan tersebut.

graph_img01

Keisuke Honda ketika mengetuai pasukan Seiryo High School dalam kejohanan All Japan High School Soccer Tournament.

Menurut Akita lagi, beliau sendiri menerima panggilan telefon dari Honda, menyatakan, ” Saya mahu mendidik pemain yang mampu bersaing diperingkat dunia”. Manakala Yutaka Akita memberitahu, “Saya mahu menggunakan pengalaman sepanjang karier sebagai pemain bola sepak untuk membangunkan bola sepak Jepun dan memberi sumbangan kepada bola sepak dunia dengan menggunakan pendekatan yang lebih positif, dan ini adalah sebab mengapa saya bersetuju untuk memberi khidmat disini.”

Gandingan utama dalam akademi Honda Sports Land. Yutaka Akita & Keisuke Honda

Gandingan utama dalam akademi Honda Sports Land.
Yutaka Akita & Keisuke Honda

Di akademi Makuhari,  remaja ini akan diberikan ilmu bagaimana untuk menjadi seorang pemain kelas pertama atau dipanggil “Ichiryuu”. Untuk menjadi seorang pemain Ichiryuu, pihak akademi akan berusaha untuk melengkapkan diri pemain akademi dengan semangat, teknik & kekuatan  fizikal bola sepak sebenar.

Prinsip Keisuke Honda kepada akademi ini adalah “Kita bukan sahaja mahu menghasilkan seorang pemain yang mampu memberikan pengaruh yang kuat kepada penyokong bola sepak Jepun sahaja tetapi juga kepada orang lain serata dunia.”

tumblr_my4r3wjzpb1rctpiwo1_500

Yutaka Akita ketika beraksi dalam perlawanan Piala Dunia 1998 bertemu Argentina. Kelihatan dalam gambar adalah Nelson Vivas dan Diego Simeone.

Yutaka Akita pula memberitahu, “Saya mahu mendidik pemain supaya dapat menyesuaikan diri dengan lebih fleksibiliti walaupun mereka berada dalam persekitaran yang asing, walaupun berada dalam gaya permainan bola sepak yang berbeza. Kita perlu menghasilkan pemain yang tahu bila untuk berfikir, membuat keputusan dan memberikan keputusan yang bagus.

3 Langkah bagaimana kurikulum akademi ini dilaksanakan?

1) Penetapan Kurikulum Latihan Bersama Honda Keisuke.

03_img_01

Perbincangan mengenai silibus dan kurikulum dilakukan sendiri dengan Honda Keisuke. Setiap bulan, pihak akademi akan menghubungi Honda Keisuke untuk mengadakan “meeting” mengenai kurikulum akademi, dan dari proses ini Honda Keisuke dan pihak akademi dapat bertukar pandangan dan idea bagi mengemaskini kurikulum akademi mengikut apa yang dinyatakan oleh beliau berdasarkan impak dari gaya permainan “top class” dunia. Selepas itu, pihak akademi akan mengaplikasikan kurikulum ini kepada jurulatih dan pemain remaja mereka.

2) Penerapan Kurikulum Kepada Jurulatih

03_img_02

Proses seterusnya adalah memberikan “direction” yang betul kepada semua jurulatih mengikut kurikulum yang dikehendaki oleh Honda Keisuke. Jurulatih- jurulatih ini akan cuba untuk “merasai” dahulu adakah kurikulum yang dibincangkan ini akan memberikan kesan atau impak yang dikehendaki. Apa yang penting disini adalah, mereka mahu semua jurulatih mempunyai satu “direction”, matlamat dan gaya yang sama supaya pemain yang dihasilkan nanti akan lebih selesa beraksi walaupun dengan jurulatih berbeza.

3) Pelaksanaan Kepada Semua Pemain Akademi

03_img_03

Selepas itu, barulah kurikulum diatas akan diaplikasikan kepada pemain pemain remaja kelab. Jurulatih akan menekankan “point” penting dalam kurikulum kepada pemain dan akan cuba memerhatikan cara penyampaian yang bersesuaian kepada pemain yang berbeza supaya semua pemain akan mendapat ilmu yang sama.

Setiap bulan, tema kurikulum akan ditukar, pemain-pemain akan diberitahu dan menyertai latihan berkumpulan, dan akan diterangkan bagaimana untuk menaikkan motivasi diri dalam keadaan persekitaran yang berbeza.

Para jurulatih juga perlu memberikan tunjuk ajar secara lebih pro aktif untuk:

  • Pemain merasai sesuatu perkara baru setiap hari.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran secara menghiburkan
  • Tidak marah atas kegagalan, tetapi tegas jika tidak berusaha keras.
  • Memberikan satu benchmark yang tinggi kepada pemain mengikut prestasi & kebolehan individu.

Kehidupan harian pemain di akademi lebih tertumpu kepada membentuk satu persekitaran yang “membara” adalah sangat penting.

“Kegagalan tidak perlu dimarahi, tetapi perlu “challenge” diri sendiri secara berterusan, ketika kejayaan tiba berikan pujian dan selepas itu tetapkan satu benchmark baru yang lebih tinggi.”- Cara pembangunan / didikan yang mahu diterapkan di akademi ini.

Barisan jurulatih akademi Soltilo Familia Soccer School.

header_img (1)

Like Facebook : Football Channel Malaysia

comments