Diskaun Penginapan Hotel Semasa Perlawanan J League
|
Salah satu Top Partner kepada J League, Route-Inn Hotels, memberikan diskaun kepada mana-mana penyokong yang datang untuk menyaksikan perlawanan J League. Dengan kapasiti rangkaian hotel ini diseluruh Jepun membolehkan mereka menambahkan lagi nilai kepada perniagaan mereka.
Syarat utama untuk mendapat diskaun penginapan adalah dengan mempamerkan tiket perlawanan J1 atau J2 League dan anda akan layak menerima diskaun harga penginapan di semua rangkaian hotel Route-Inn seluruh Jepun. Diskaun bermula dari sebanyak 500 yen sehingga maksimum 2000 yen. Penginapan maksimum adalah selama 2 malam sahaja.
Pihak pengurusan Route-Inn Hotel juga telah menyediakan senarai khas di laman web mereka mengenai info rangkaian hotel mereka yang berdekatan atau senang diakses bagi memudahkan lagi penyokong untuk menggunakan kemudahan hotel mereka.
Like Facebook : Football Channel Malaysia
Next : Malaysia Terkeluar Dari Saingan Kelayakan AFC U19!