Giravanz Kitakyushu Bakal Mempunyai Stadium Bola Sepak menjelang 2017
|
Pasukan yang beraksi dalam J2 League, Giravanz Kitakyushu akan membina s ebuah stadium khusus untuk bola sepak yang memenuhi syarat-syarat lesen stadium J1.
Stadium baru yang bakal diberi nama Kitakyushu Stadium itu akan dibina di pusat bandar Kokura dan lokasi stadium berada dalam kawasan Asano.
Pasukan Giravanz ini berpangkalan di wiliayah Kitakyushu dimana bandar utamanya adalah Kokura. Sekarang, stadium pasukan ini bertempat di Honjo, Wakamatsu dan jarak perjalanan bagi penyokong ke stadium ini sekarang adalah jauh disamping kepadatan penduduk yang rendah dikawasan Wakatmatsu.
Dengan siapnya stadium baru ini, Kokura dengan populasi penduduk yang jauh lebih padat akan meningkatkan lagi kehadiran penyokong ke stadium.
Mengikut perancangan, stadium baru ini akan mempunyai kapasiti seramai 15.000 orang iaitu kapasiti minimum untuk sebuah stadium bertaraf J1.
Lokasi stadium in ijuga terletak ditepi laut dan juga berdekatan dengan stesen utama keretapi Kokura yang akan menjadikan ianya lebih mudah di akses oleh penyokong. Selain itu, ianya juga berhampiran dengan pusat-pusat exibition penting ekonomi yang akan menyebabkan lebih daya tarikan ke stadium ini.
Like Facebook : Football Channel Malaysia
Next : Rekod Pemain Paling Kecil Menjaringkan Gol Dalam Sejarah 23 Tahun J League