Projek Gemilang Pengadil Anjuran FAM di Kelana Jaya.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
DSC_0815

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan Projek Gemilang Pengadil buat julung kalinya di TH Hotel, Kelana Jaya yang dijadualkan dari 5 hingga 8 Oktober ini.

Projek yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pengadilan ini telah disertai oleh 28 orang peserta yang terpilih di atas merit prestasi semasa dan dikendalikan oleh instruktor FIFA, Subkhiddin Salleh.

“Program ini adalah untuk memastikan bahawa kita melahirkan barisan pelapis untuk pengadil-pengadil yang sedia ada. Walaubagaimanapun, ia lebih menjurus kepada mencapai prestasi konsisten dalam Liga Malaysia,” ujar Subkhiddin.

“Fokus kita buat masa ini lebih besar kepada Liga Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga mahu peserta-peserta ini untuk pergi lebih jauh lagi di mana insyaAllah untuk Piala Dunia 2022 kita akan mempunyai calon pengadil yang baik.

“Kita berharap pendedahan seperti ini dapat membantu peserta-peserta untuk mendapat sentuhan ‘pengadilan moden’ yang bakal memudahkan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang kelak. Itu adalah harapan kita,” katanya lagi.

Peserta-peserta akan menjalani program-program seperti sesi latihan praktikal, penyediaan kecergasan dan analisis situasi perlawanan yang bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap amalan pengadilan terbaik.

Sumber: FAM.org

comments