Seigo Narazaki Pemain Pertama Membuat 600 Penampilan J1 League

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
narazaki600th

 

Penjaga gol pasukan Nagoya Grampus, Seigo Narazaki membuat penampilan ke 600 J1 League dalam pertemuan dengan Kashiwa Reysol minggu lalu.

Bekas penjaga gol pasukan Yokoham Flugels, ini membuat penampilan pertama dalam J1 League pada 16 Ogos 1995 dalam perlawanan bertemu Bellmare Hiratsuka ( sekarang dikenali sebagai Shonan Bellmare ). Beliau dilahirkan pada 15 April 1976 di Kishiba, Nara.

Narazaki juga menjadi penjaga gol pertama menerima anugerah J League MVP 2010 yang biasanya didominasi oleh pemain posisi lain. Beliau membuat 7 penampilan bersama pasukan kebangsaan Jepun termasuk dalam 3 saingan Piala Dunia dan penampilan terakhir bersama pasukan Jepun adalah semasa bertemu Guatemala pada 7 September 2010.

comments