6 Faktor Kegagalan Skuad Harimau Muda C Di China.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2015Äê10ÔÂ2ÈÕ£¬2016ÄêÑÇ×ãÁªU19½õ±êÈüԤѡÈüI×é±ÈÈüÔÚ»´°²ÌåÓý³¡´òÏ죬Öйú¹úÇà¶ÓÊ×ÂÖ6-0´óʤÂíÀ´Î÷ÑǹúÇà¶ÓÈ¡µÃ¿ªÃź졣ÕÅÓñÄþºÍ¸ßº£Éú÷¿ª¶þ¶È£¬Ò¦µÀ¸ÕºÍµ¥»¶»¶¸÷½øÒ»Çò£¬Öйú¶ÓÏÂÂÖ½«Ó­Õ½Öйú°ÄÃŶӡ£

Kegagalan terbaru skuad Harimau Muda C dalam pusingan kelayakan Kejuaraan AFC U19 di Bahrain 2016 yang berlangsung di China baru-baru ini.

16 pasukan yang layak ke pusingan akhir di Bahrain tahun depan adalah terdiri daripada juara kumpulan serta 5 pasukan naib juara terbaik dan pasukan tuan rumah, Bahrain.

  1. Uzbekistan – Group A winners
  2. Saudi Arabia – Group B winners
  3. United Arab Emirates – Group C winners
  4. Qatar – Group D winners
  5. IR Iran  – Group E winners
  6. Iraq – Group F winners
  7. Vietnam – Group G winners
  8. Korea Republic – Group H winners
  9. China PR – Group I winners
  10. Japan – Group J winners
  11. Tajikistan – 1st best runner-up among all groups
  12. Australia – 2nd best runner-up among all groups
  13. Thailand – 3rd best runner-up among all groups
  14. DPR Korea – 4th best runner-up among all groups
  15. Yemen – 5th best runner-up among all group
  16. Bahrainhosts

Pasukan Harimau Muda C hanya menang 1 perlawanan bertemu Macau 4-1 dan kalah 0-6 kepada China dan 0-1 kepada DPR Korea. Kemenangan itu walaubagaimanapun tidak cukup untuk membantu skuad B-19 negara kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras itu melayakkan diri ke melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan AFC U19 setelah menduduki tempat ketiga di belakang pendahulu kumpulan, China.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Ucapan tahniah kepada pasukan di atas kemenangan pada hari ini. Mereka tidak menunjukkan sikap putus asa bagi meneruskan perlawanan walaupun pasukan tidak layak lagi ke peringkat seterusnya.

“Dengan kegagalan pasukan dalam pusingan kelayakan pada kali ini, saya berharap ianya akan menjadi satu pengalaman dan pengajaran yang berguna pada semua pemain bagi meneruskan karier mereka dalam bolasepak ini pada masa akan datang.”

Kami merumuskan kegagalan ini disebabkan oleh 5 faktor utama berikut:

1) Jurulatih Kurang Pengalaman Di Peringkat Asia

55b59169-59c8-42e8-a167-10c1d3093d95

Kita mempunyai barisan jurulatih yang masih kurang pengalaman dan “knowledge” dalam saingan peringkat Asia. Mungkin dalam saingan AFF kita masih boleh dikira mampu memberikan saingan tetapi tidak dalam peringkat yang lebih besar. Sebelum menyentuh berkenaan pemain, kami mahu menyatakan disini bahawa “kita” masih belum mempunyai barisan jurulatih yang mampu membawa cabaran di peringkat Asia.

Dalam saingan lebih kecil kita mungkin dapat melihat prestasi jurulatih tempatan yang cukup memberangsangkan tetapi itu bukan jaminan menreka mampu untuk bersedia diperingkat lebih tinggi. Cadangan kami adalah, kita perlu juga memperkukuhkan lagi pembangunan akar umbi jurulatih dan bukan hanya tertumpu kepada pembangunan pemain sahaja. Semua perlu selari dan seimbang.

2) Pemain kita kurang laju dan stamina.

Photo credit: The Star

Photo credit: The Star

Perlu diakui bahawa pemain-pemain kita masih “slow” dan tidak mampu untuk mengatasi kelajuan pemain-pemain diperingkat Asia yang lain. Jika dilihat, beberapa pasukan di Asia Tenggara sendiri sudah mara kehadapan dari segi kelajuan pemain dan permainan. Mengapa kelajuan?

Berdasarkan saiz fizikal yang kita ada, hampir pasti kita tidak mampu memberikan saingan fizikal. Apa yang kita boleh “menyusahkan” mereka? Speed. Kita perlu lebih laju bergerak dan juga mempunyai endurance rate yang tinggi untuk mengejar tahap “kelajuan” pemain dari Asia Tengah dan Asia Timur. Mahu atau tidak jika kekal dengan apa yang kita ada sekarang, kami tidak nampak bagaimana kita mampu “menyelit” dalam saingan tertinggi Asia.

3) Kurang Perlawanan Kompetitif

tt

Alasan ini tidak “valid” jika dinyatakan selepas kegagalan pasukan negara layak ke peringkat akhir. Disini ia menunjukan suatu sikap yang tidak mahu bertanggung jawab. Kenapa tidak dinyatakan sebelum kejohanan bermula jika sedar kekurangan perlawanan kompetitif mampu menyumbang kepada sesuatu yang negatif?

Kita ada beberapa saingan diperingkat umur seperti Piala Belia yang dijadikan platform untuk pemain bawah umur ini menunjukkan bakat mereka untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi. Apa impak signifikan dari kejohanan ini jika tidak mampu menyumbang kepada prestasi pasukan bawah 19 tahun negara.

Dan sememangnya kita kurang perlawanan, kerana kita kekurangan pasukan yang bertanding. Perlu diwujudkan banyak kelab-kelab untuk membantu membawa pemain-pemain yang boleh diketengahkan. Jika terus kekal dengan ideologi pasukan negeri sahaja, kebawah lagi lah kita. Sebagai contoh, dalam struktur bola sepak Jepun, mereka mempunyai liga bawah umur yang tersendiri sehinggakan ada 2 divisyen untuk satu-satu kategori bawah umur yang disertai oleh pasukan bawah umur kelab-kelab utama J League. Ini masih belum dikira saingan liga dari pasukan-pasukan bawah umur FA daerah, negeri, prefecture, regional, liga sekolah dan sebagainya. Bayangkan berapa ramai bakat-bakat yang jurulatih boleh “lihat” untuk di analisis dan dipilih.

4) Persatuan Lebih Mementingkan pasukan Liga utama

jleague1

Setakat ini hanya ada beberapa pasukan yang dengan jelas menunjukkan perhatian tinggi kepada pembangunan bakat muda. Selebihnya hanya memikirkan kejayaan pasukan mereka diperingkat domestik sahaja, atau habis kuat saingan AFC sahaja.

Persatuan diperingkat bawahan ini perlu faham, ultimate target mereka sebenarnya adalah untuk menyediakan pemain yang mampu membawa cabaran negara diperingkat antarabangsa. Mereka perlu ada rasa tanggungjawab ini dan overhaul mindset sekarang. Prestasi liga memcerminkan prestasi pasukan dalam liga dan Prestasi pasukan kebangsaan adalah cermin kepada prestasi liga.

Kehancuran pengurusan diperingkat ini akan menyumbang kepada kehancuran bola sepak negara seluruhnya.

5) Teknikal dan Taktikal

maxresdefault

Mahu atau tidak, kita perlu akui kita tidak sampai lagi di peringkat Asia dari segi teknikal dan taktikal dalam bola sepak.

Kita tidak perlu menjadi sombong untuk menerima perkara ini. Dari skop domestik kita melihat ada yang cukup bagus tetapi realitinya kita tidak mampu untuk mencabar keupayaan negara lain di Asia. Disinilah peranan faktor (1) memainkan peranan untuk membentuk pemain diperingkat awal dengan teknik dan taktikal yang “fresh”. Kebolehan teknikal tidak boleh dibina dalam masa 7 hari, ia memakan masa yang lama dan juga memerlukan seseorang yang benar-benar mampu menerapkan kebolehan ini kepada pemain.

 

6) Tiada DNA bola sepak

OWF_NEWS-18

Kita ada kem pasukan elit di Bukit Jalil, NFDP, akademi bola sepak negeri, akademi bola sepak swasta dan bermacam-macam lagi. Tetapi apakah DNA bola sepak yang cuba diterapkan kepada pemain masing-masing selari dan bersesuaian dengan kemampuan pemain itu sendiri? Pembangunan DNA ini adalah teras kepada bola sepak negara. Yang wujudnya sekarang adalah setiap akademi cuba menerapkan DNA bola sepak yang berbeza dan tidak selari antara satu sama lain.Jadi bagaimana kita mahu melihat keberkesanan jika dicampur-aduk kedalam satu acuan. Sebagai contoh, ada yang cuba menerapkan corak permainan Brazil, ada yang cuba memberikan gaya Jerman, ada dari Itali dan sebagainya.

Mereka ini sebenarnya yang menentukan DNA yang menjadi teras gaya permainan pasukan seniro kebangsaan 10-20 tahun akan datang.

 

Like Facebook : Football Channel Malaysia

comments