AFF Futsal Championship 2015: Malaysia Belasah Brunei 9-1

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12109084_942317855829318_8066840707386607358_n

Malaysia membuka langkah kanan pada kejohanan AFF Futsal Championship 2015 hari ini apabila dengan mudah menumpaskan Brunei 9-1.

Diletakkan dalam kumpulan A bersama Thailand, Timor Leste, Singapura dan Brunei, skuad negara beraksi dalam perlawanan terakhir hari pertama kejohanan.

IMG_1481.3

Photo by: www.aseanfootball.org

Gol pertama Malaysia hadir hanya selepas 32 saat permainan bermula selepas sepakan half-volley Ahmad Fawzul Mohamad tepat menemui sasaran. 5 minit kemudian Aizad Daniel menambah jaringan untuk Malaysia mendahului Brunei 2-0. Faizul Jefry Zaini merapatkan kedudukan Brunei 2-1 pada minit ke 9, sebelum pantas dijarakkan kembali oleh Muhammad Fitri Yatim pada minit ke 11 bagi menjadikan kedudukan 3-1. Ahmad Fawzul Mohamad menjaringkan gol keduanya pada minit ke 12 untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 4-1.

IMG_1482.4

Photo by: www.aseanfootball.org

Separuh masa kedua bermula cemerlang terutama apabila skuad negara menjaringkan 4 gol dalam masa 5 minit dengan jaringan dimulakan oleh Ahmad Fawzul Mohamad pada minit ke 25, Aizad minit ke 26, penalti Akmarul Nizam Mohd Idris pada minit ke 28 dan gol dari Saiful Nizam Mohamad Ali minit ke 30. Gol sendiri dari pemain Brunei, Mohammad Awang Eisa, pada minit ke 35 menambah lagi luka pasukan Brunei dalam perlawanan pertama. Permainan berakhir dengan kedudukan kekal Brunei 1-9 Malaysia.

comments