J Youth Cup 2015: Kashima Antlers Youth Akan Cuba Mempertahankan Kejuaraan.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
kv_header_jyouth

J Youth Cup merupakan satu kejohanan bola sepak peringkat remaja U18 yang diadakan setiap tahun. Semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah terdiri dari pasukan remaja kelab-kelab J League J1,J2 dan J3 ( FC Ryukyu, Fujieda & Fukushima tidak ada dalam senarai) berjumlah 49 buah kelab serta 4 pasukan daripada regional team yang berdaftar dengan Japan Club Youth Football Federation (JCY).

Juara bertahan 2014, Kashima Antlers berdepan tugas berat apabila akan cuba mengekalkan gelaran paling berprestij peringkat umur U18 itu, walaupun baru-baru ini tewas kepada Frenz United B di Melaka dalam kejohanan yang dianjurkan oleh pihak Frenz United itu. Pasukan ini akan menunggu pemenang diantara Kawasaki Frontale U18 dan JEF United Ichihara Chiba pada 17 Oktober nanti.

d34b1397b46f203eecd7d8b2398ccd0b

Jika dilihar dari sejarah kejuaraan J Youth Cup ini, Gamba Osaka Youth merupakan pasukan paling banyak menjadi juara apabila muncul sebagai “Champions” sebanyak 4 kali dan naib juara sebanyak 3 kali. Diikuti oleh Sanfrecce Hiroshima dengan muncul juara sebanyak 3 kali dan naib juara sebanyak 4 kali.

Berikut merupakan jadual kejohanan J Youth Cup 2015.

Like Facebook : Football Channel Malaysia

jyouth20150701

comments